23 September 2024

eh! terjumpa pekongsian bertarikh 28 Ogos 2020 , share kat sini lah ye..

Just nak share.. Dulu masa anak oku saya sekolah kebangsaan aliran perdana banyak sgt cabaran..2 tahun pertama sangat struggle. Bukan hanya berdepan dengan isu sekolah, tapi berdepan dengan isu hospital dan tekanan sekeliling. Namun naik tahun 3, keadaan makin terkawal, kehadiran dia disedari oleh sebilangan guru yang mengajarnya..Mereka banyak memberi peluang.. masuk tahun 6, rezeki dapat guru kelas yang supportive sangat2.. Yang positif..
 
 
Bila mengenangkan situasi dan cabaran di sekolah kebangsaan jadi takut juga bila mikir anak nak masuk alam menengah..kawan2 yang lagi besar dan bermacam ragam.. Guru2 yang belum pernah kami kenal. Tambah2 lagi dengar macam2 cerita tak best tentang sekolah menengah yang akan Afiq Danial masuk tu..Mula2 takut juga sebab diri mama telah dipengaruhi dengan cerita2 negatif sekolah menengah tu.. Tapi cuba positifkan diri, cakap dengan diri sendiri, mana2 sekolah pun sama, masalah yang timbul tu atas sikap dan diri masing2..So dalam tak ready dan takut, paksakan juga diri untuk positifkan Afiq Danial.. Terasa macam ulang semula jalan cerita masa dia nak masuk tahun 1 dulu..macam2 nak kena ready. Tapi tak terbuat juga sebab kekangan dengan baby baru.

Hari2 hanya mampu pesan pd dia supaya berperangai baik, pilih kawan yang baik,fikir dulu baik buruk apa2 tindakan, ada masalah jumpe cikgu, jd diri sendiri dan jgn anggap kelainan diri itu 1 yg tak elok..Dari masuk f1, mama hanya pergi sekolah dia masa hari orentasi je..selebihnya dia lalui sendiri..
Now dah Form 2 dah anak Hearing mama ni.. Dah makin matang dan makin mampu handle semua dengan sendiri.. Kawan2 pun alhamdulillah, menerima dia mcm tiada yang kurang pada dirinya..

Hari ni, bangun pagi Afiq Danial hulur fon suruh mama baca wasap dalam group Kadet polis dia.. MashaAllah, terharu rasa bila mama baca..Tak sangka usaha dia cikgu nampak.. Cikgu hargai.. Serius memang dia ada minta mama tolong assigment dia tapi mama cakap mama malas ..mama pantang kalau minta tolong tanpa usaha..tambah2 semalam bawa si kecik tu klinik..cuaca pun terik.. So rasa malas nak beratkan kepala mengadap assigment anak..

Memang nampak dia dok mengadap laptop buat assigment semalam..tau2 tengah malam dia masuk bilik mama tunjuk fon dan bagitau assigment dia dah submit secara online.. Lepsa baca wasap cikgu jadikan dia sebagai contoh pagi tadi, mama tanya apa perasaan awak bila hasil kerja dan usaha awak sendiri cikgu nilai dan jadikan contoh pada semua? Macam mimpi.. Seronok sebab saya buat semua sendiri.. Saya buat sampai selesai dan cikgu puji saya, kata Afiq.


Ye la, sape je yang tak suka dipujikan bila hasil kerja dihargai..Tahniah anak mama.. Terharu dan bangga bila dapat rasa emosi dalam ayat dia tu ..bukan senang tau dalam ribuan pelajar normal, anak oku nak naikkan diri dia supaya cikgu nampak kemampuan dia..
 
Cikgu yang sama juga ajar subjek matematik sekarang..selalu juga dia cerita, yang dia pergi selesaikan soalan matematik di papan putih bila cikgu tanya siapa nak buat? Kadang cikgu sebut nama dia suruh semak jalan kerja kawan buat di papan betul atau salah.. Maka Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau mahu dustakan..
20/1/2024

Program Sesi Dialong Hear Me bersama BPKhas merupakan peluang ke 2 Danial melatih diri berada di depan. Kali ini, Danial sekali lagi bergandingan dengan Muna menjadi pengacara majlis bagi program tersebut. 


Hear Me sekali lagi membuka ruang dan peluang kepada anak2 Hear Me ke hadapan serta memberi pendedahan kepada mereka dalam meningkatkan keyakinan diri ,meningkatkan konfiden diri, melatih pengucapan awam dan memberi motivasi bukan saja pada diri mereka sendiri malah memberi kesedaran pada umum serta inspirasi kepada ibubapa yang mungkin berasa belum yakin untuk mengisi ruang dan peluang yg ada.


Memetik kata Penolong Pengarah BPKhas dalam program tersebut, "julung-julung kalinya saya hadir majlis yang mengacarakan ialah anak-anak OKU itu sendiri. Tahniah untuk adik Afiq Danial dan adik Muna." haaaa gitu. Seronok bila orang nampak dan hargai. Penghargaan ini membuat anak-anak ini merasa yakin dan mahu terus mencuba. Alhamdulillah, pretasi Danial dalam pengucapan awam juga makin improve.



Terima kasih HEAR ME MALAYSIA !

 28/10/2023.

Bersempena sambutan Hari Audiologi Sedunia 2023, Hear Me dijemput bagi membuat persembahan dalam majlis tersebut. Majlis tersebut berlangsung di Auditorium Hospital Cyberjaya. Sebelah rumah mama je hehehe. Selepas ditimbang tara dan kami decide untuk anak Hear Me membuat persembahan sajak. Ini memandangkan kesukaran untuk kami melatih anak2 HM kami jika kami memilih persembahan lain dan kekangan masa untuk kami membuat pemilihan.




Danial dan Muna dipilih bagi memudahkan pengurusan kami. Alhamdulillah, Danial tidak menolak dan selalu memudahkan kerja mama sebagai salah seorang AJK Hear Me. Latihan dan hafal skrip pun bermula dalam tempoh 2 minggu. Debaran kian terasa sewaktu hari raptai di lokasi. Suara bergetar menunjukkan Danial dalam keadaan gugup dan berperang dengan diri sendiri. Namun baiknya anak ini, dia tidak menolak dan tetap melakukan sebaik yang mampu.


Ini merupakan peluang bagi Danial melatih dirinya di hadapan khalayak ramai. Ini juga satu ruang yang sangat diperlukan oleh Danial dan anak-anak Hear Me belajar meningkatkan keyakinan diri mereka. Sudah pasti cara ini merupakan satu latihan realiti yang menggerunkan namun ianya sangat memberi impak yang baik buat mereka. Its ok, berdebar, menggigil,seram sejuk,takut itu adalah normal. Melakukan sedikit kesilapan ketika di atas pentas juga normal sebagai seorang manusia. Bagi menunjukkan tanda sokongan pada mereka, walau macam mana hasilnya, raikan lah usaha mereka. Teruskan sokongan agar mereka berani mencuba lagi dan belajar memperbaiki diri. Eh, kalau tiba-tiba mama disuruh naik pentas bagi sharing pun mama gigil. Entah-entah hilang terus suara mama atas pentas. 




Danial, awak sudah lakukan yang terbaik. Awak penyelamat mama, awak penyelamat Hear Me saat kami terdesak. Awak dan Muna adalah gandingan yang serasi di atas pentas. Thank you sayang.


Status di tulis pada 8 mac 2023

Graduation and Hi-tea

Yeahhhh.. alhamdulillah, tamat sudah perjalanan ilmu Danial di alam menengah. Hari ini, 8.3.2023 di SMK Cyberjaya telah diadakan majlis gradution dan Hi-tea untuk pelajar Form 5. Majlis diadakan di dewan sekolah SMK Cyberjaya. Sempatlah merakam sedikit kenangan bersama kawan-kawan kelas dan guru kelas Pn.Farihah guru kelas 5 business 2. Semoga kamu semua bergemerlapan dalam rezeki masing-masing. 





08 August 2024

Catatan 17 Feb 2022 (Danial 15 tahun)

Last sekolah untuk sesi 2021 Danial. Hari ini hingga minggu depan cuti untuk beri laluan pada abang2 dan kakak2 Form5 exam SPM..

Tahun ke 3 di sekolah menengah ini, baru ada gambar kenangan dengan kawan2. Masa Form 1 kelas Makmur. Kalau ikut susunan kelas akhir kot hehehe (akak cuckoo yang datang servis cuckoo la yang bagitau mama ). Naik Form 2 tukar kelas Efektif dan form 3 kekal kelas yang sama Efektif. Orang kata kelas ke2. Orang kata bukan mama kata. Entah tak pasti betul ke tak sebab sekarangkan takda kategori sekian2.

So 2 tahun dengan kawan2 kelas ysng sama ni, alhamdulillah sepanjang 3 tahun di sekolah menengah ni, Danial cakap dia seronok. Cikgu2 baik, kawan2 pun baik. Semua menerima dia. Tak ada sorang pun yang mengejek mahu pun memulaukan dia. Dia diterima elok oleh kawan2. Syukur sangat. Padan la dia rasa seronok nak pergi sekolah dan rasa berat je nak pindah sekolah. Kelas paling ramai yang hadir ke sekolah.

Masuk Form 4 ni, tak tau lagi kelas mana sebab akan berpecah ikut aliran masing2. Danial pilih aliran perniagaan. Moga dimudahkan perjalanan pendidikan kamu, disenangi orang lain, dalam lindungan Allah dan berjaya dalam hidup.. in sha Allah aamiin..
Doa baik2..


Catatan 6 Ogos 2021 (umur Danial 15 tahun), Hari ini hadir appoiment Klinik Audiologi dan Sains Pertuturan UKM, Jalan Temerloh KL untuk follow up speech dan mapping telinga Danial.

Mula2 appoiment Speech. Tak sempat nak buat lama. Nanti Cikgu Speech diskus semula melalui online.Then terus sambung buat Mapping buat both dengan Audiologist. Danial dah besar ni, dah pandai dah. Tak macam dulu susahnya la nak buat mapping. Dulu susahnya la nak bagi dia fokus. Dulu dia paling tak suka pergi appoiment mapping telinga. Bila dah besar ni, banyak lega la. Dia pun dah matang.
Telinga kanan banyak beza map. Lancar sangat. Mama duduk tepi perati dia sepanjang buat map tadi. Ya Allah dah besar dah anak mama ni. Mula try dengan mapping lama sebab bila Audiologist setting map lama dia cakap jelas tapi naikkan bunyi kuat lagi dari yang lama seperti mana yang Danial minta sebab kalau stay dengan map baru yang dia tak faham orang cakap apa, susah juga untuk dia nak hadap nantikan. Lama tak map telinga kanan ni. Ada 4 tahun gak kot tak map. Last map kat Sunway Medical.

Rupanya dia tak tau cikgu cakap dengan dia sebab dia cakap dia dengar tak jelas map baru tu. Bila audiologist cakap dia tak faham. Dia tak faham perkataan apa yang Audilogist cakap. So kami pilih untuk kekalkan map lama sebagai backup.

Then buat map kiri pula. Pun ada perubahan dan Danial selesa. Cuma may be tak balance lagi kanan dengan kiri kot. Entah sebsb Danial yang dengar dan menurut dia cakap tak sama bunyi tapi dia selesa dengan setting baru kedua2 telinga. Oleh sbb telinga kanan tu dah dominan, dia still nak yang kanan lagi kuat dari kiri. So far happy sebab semuanya berjalan dengan lancar. No rejection bunyi. No sakit kepala. No moody mood.

Tapi ada isu sikit pasal alat Kanso Danial. Mama tak tau nak jelaskan macam mana. Tapi mama diminta untuk contact company untuk deal selanjutnya sebab audiologist Danial dengan audiologist company dah diskus tadi melalui telefon. Sebelum warranty Kanso habis 3 tahun iaitu bulan 11 ni, better pergi cepat2.

Terima kasih Pn.Izzati untuk hari ini ..
Sekian nota perjalanan "Nikmat pendengaran Afiq Danial from Zero to Hearo".


Catatan 12 Nov 2020 - Simple tapi membahagiakan. Dia handle sendiri je dengan cikgu tentang homework, kelas dan kelab. Dia personal cikgu (gambar 1st). Mama tak tau pun. Mama tau bila cikgu share dalam group. Macam tak percaya je bila baca dalam group nampak cikgu up nama anak mama dengan pujian. MashaAllah, terima kasih Allah. Terima kasih cikgu..

Rasa berbaloi dulu masa nak masukkan Danial tahun 1, mama fight untuk masuk sekolah norma. Kemudian dapat sambung ke sekolah menengah normal juga. Jauh lagi perjalanan. Jauh lagi progress dia. Tapi rasa jalan yang mama pilih untuk dia ni betul. Rasa keputusan untuk beri dia CI masa kecik dulu adalah betul. Rasa usaha mama fight untuk stay di sekolah normal masa tahun 1 dulu betul. Rasa tindakan mama memaksa dia pakai alat dengan konsisten dulu betul. Rasa homeschool mama sebelum dia masuk tahun 1 dulu betul. Rasa tindakan mama fight untuk 2nd CI ke sana ke sini juga betul.. Alhamdulillah..
Time anak kita kecil, kita sebagai ibubapa mereka punya hak dalam membuat keputusan untuk mereka.. Mereka amanah Allah buat kita..
Simpan di sini sbg kenangan 


All reactions:
1

Catatan April 2020, 

Mama buat latihan mendengar dengan Danial melalui handphone. Danial dekat bilik atas. Mama dekat hall bawah.

Mula2 mama sebut ayat, Danial dengar dan tulis apa yang dia dengar. Habis 10 ayat tu,dia pula kena sebut ayat, mama dengar dan tulis pula..

Latihan telinga kiri, telinga umur 1 tahun 5 bulan. Mama tak bagi dia guna loudspeaker. So handphone dia pegang dekat dengan alat CI Kanso belakang kepala. Mama suruh dengar ayat habis baru start tulis supaya tak lost ayat.



Gambar 1st mama sebut agak slow (maksudnya satu2) sebab ini 1st latihan guna handphone setelah sekian lama tak buat. 


Gambar ke 2, mama cakap dekat Danial, dia kena belajar biasakan buat latihan dengar pertuturan normal. So mama kena bercakap macam normal.. Rentak, intonasi, penyampaian yang santai. Kena macam mama cakap biasa dengan orang lain sebab di sekolah cikgu mengajar macam biasa, takkan nak suruh cikgu cakap satu2.. Kawan2 pun bercakap macam biasa. Perhimpunan, taklimat pun macam biasa. So, kami kena latih semula otak Danial dalam masa yang sama kami latih auditory memory juga. Baru nak naik 5 item. Tapi kejap ok kejap tak ok.


Teruskan auditory memory yang buat latihan sebelum ini.
So, homework mama pula, haaa mama pun ada homework tau, sendiri kenalpasti kelemahan anak, sendiri buat target dan sendiri cari cara... Antaranya yang mama fikir dan plan :

1) kena cari ayat yang familiar. 
Contoh, kita perlu makan makanan yang sihat supaya badan kita cergas..
2) kena cari ayat yang tak familiar dengar/guna.
Contoh, statistik menunjukkan bahawa Amerika Syarikat merupakan negara yang paling tinggi rakyatnya yang dijangkiti virus Covid 19. Perdana Menteri Malaysia telah mengambil langkah awal bagi membendung penularan virus Covid 19 dengan melaksanakan perintah kawalan pergerakkan.
3) cari ayat sebutan yang Danial masih tak sebut dengan baik lagi. 
Contoh ayat yang banyak perkataan depan, tengah, belakang R, B, NY, NG 
contoh haRuan, seRuan, peRsona, selembaR, NYaris, NYata, NYaring, peNYamun, menNYebarkan, meNGalah, buNGa, laNGit,
4) perkataan dalam ayat yang belakang V. Ni banyak dalam words BI la mudah jumpa. 
contoh haVe dia susah sangat nak sebut, akan jadi help.. FiVe jadi Feb, leaVes.. Words yang start dengan ST dan TH macam Stain, Straight, STrong..THey, THere, Thermos.
5) latihan intonasi masih perlu diteruskan.. Ni boleh la nanti buat game bisik2, sesi dialog.
6) latihan menggunakan fon masih perlu diteruskan.
7) Cari perkataan seerti dan latih guna dalam ayat.
Latihan sebutan masih perlu diteruskan terutama part suka skip bunyi huruf.. Contoh Hujan dia sebut Ujan, Hari dia sebut Ari, MenoNton dia sebut menoton.
9) 6 lings sound buat sekurang2nya seminggu sekali.
10) Latihan penulisan dalam karangan.
11) latihan problem solving.

Dalam nota ni memang kena bubuh contoh sekali supaya mama tau apa nak buat.. Takde la buang masa mikir nanti sebab skrg ni mudah sangat lupa. 
Ehhhh!!! Banyaknya homework mama. 











07 August 2024

 The day .. Nikmat pendengaran kedua Danial.


8 November 2018 ..Danial admit ward HUKM. Disebabkan Danial masih 12 tahun, makanya Danial akan admit ward kanank-kanak lagi iaitu di ward Pediatrik 4K. 

Hari pertama admit relax aje dekat katil. Masa ni Danial pun tenang-tenang aje. Mama tunggu hari nak bersalin. Perjalanan implan koklea Danial ke 2 ni sama juga dengan yang pertama dulu. Bulan yang sama mama menghitung hari nak bersalin. Telinga kanan dulu mama nak bersalin anak nombor 3. Telinga kiri ni pula mama nak bersalin anak nombor 4.. 

Malam hari mama balik ke rumah dan abah yang bertugas menemani Danial di ward. Macam biasa, Danial perlu puasa di malam hari untuk persediaan pembedahan esok pagi. Sebelum subuh, abah balik ambil mama untuk bersiap sedia menghantar Danial ke bilik pembedahan. Sampai aje mama ke ward, mama nampak Danial baru selesai solat subuh dan bersiap sedia untuk mandi. 

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan izin Allah. Pembedahan kali ini Danial sudah besar. Sudah mengerti apa yang akan berlaku. Apa yang akan dia lalui. Sudah mengerti tentang perasaan. Masa abah tolak wheelchair Danial menuju ke bilik pembedahan, nampak sangat muka Danial berada dalam ketakutan. eemm siapalah tak takutkan? So, normal feeling.. Kami panjatkan doa kepada Allah SWT agar semuanya berjalan lancar dan dimudahkan sehingga akhir. 

Oleh kerana mama sedang mengandung, abah sekali lagi ambil alih menghantar dan menemani Danial sehingga ke dalam bilik pembedahan. Selesai bius dan Danial ditidurkan, abah pun keluar. Kami tidak menunggu di bawah kerana pembedahan mengambil masa yang lama. Oleh kerana kami belum bersarapan, maka kami berdua ke kantin hospital untuk mengisi perut. Usai mengisi perut, mama naik ke katil ward Danial untuk berehat di situ dan mengaji. Panjatkan doa lagi agar anak mama baik2 aje di bawah dan pembedahan berjaya. Hati ibu mana lah yang tak risaukan. 

Pada pukul 1 petang, nurse update pembedahan telah selesai. Allahuakbar, syukur sudah selesai. Mama nak turun ke bawah namun nurse bagitau tunggu je kat katil dulu sebab lama lagi nak keluar. Mama turutkan aje tapi abah yang turun untuk melihat dan menyambut anakandanya. 

Alhamdulillah, pukul 2 petang Danial ditolak naik ke ward dengan katilnya. MashaAllah, mama bersyukur tapi dalam masa yang sama mama rasa sedih melihat keadaan Danial pada waktu itu. Danial kelihatan mamai. Pembedahan kali kedua ini terasa lain. Pembedahan pertama dulu, selesai pembedahan, Danial terus turun dari katil dan minta makan. Agaknya tenaga kanak-kanak waktu itu la kot. Malam hari, mama pulang ke rumah dan hanya abah yang menemani Danial di ward.

3 hari 2 malam Danial duduk ward. Hari ke 3 Danial dibenarkan balik memandangkan tiada komplikasi yang berlaku. alhamdulillah.Hari ke 3, mama tak datang hanya menunggu di rumah sahaja. Tengahari abah uruskan urusan Danial untuk keluar ward. Mama dan adik hanya menunggu di rumah pak usu Hazwan di Ampang bersama atuk dan nenek. Ini kerana selesai aje abah menghantar Danial balik, mama pula perlu check in hospital. Danial berpantang dijaga oleh nenek dan atok di rumah Pak Usu Hazwan. 

Alhamdulillah, penjagaan luka pembedahan mudah dijaga memandangkan Danial sudah besar dan dia seorang yang mendengar cakap. Terima kasih atok dan nenek sebab bantu jaga, urus makan Danial dan Darwish serta cucikan luka belakang telinga Danial sepanjang ketiadaan mama dan abah.








CATATAN 2018, DANIAL DAPAT 2nd IMPLANT... ALHAMDULILLAH..

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah..Dia yang memegang segalanya.
Setelah 4 tahun kami fight untuk dapatkan "telinga robot" kedua anakanda kami Afiq Danial yang dilahirkan pekak kedua belah telinga pada tahap yang sangat2 teruk, akhirnya Allah izinkan perjalanan ini berjalan dengan baik walaupun penuh dugaan dan airmata. Bukan mudah untuk mengumpul dana bagi "kekurangan yang tidak ketara kelihatan" seperti pekak ini. Bukan mudah perjalanan kami untuk memberi kehidupan yang lebih baik buat anakanda kami yang ini. Ramai pihak melihat kekurangan pada dirinya tidak seserius dan tidak mendesak agar disegerakan rawatannya kerana ramai berfikiran pekak ini bukan 1 penyakit yang melibatkan hidup dan mati serta ianya tidak mengancam nyawa. Pernah disoal siasat di mesej kerana dianggap menipu dan mempergunakan kekurangan anak untuk meminta duit dengan jalan mudah. Pernah di sound mempersoalkan tulang 4 kerat ini.

Namun begitu, alhamdulillah masih ramai pihak membantu walaupun makan masa 4 tahun mengumpul dana berjumlah RM65 000.  Iya 4 tahun kami usahakan untuk RM65 000 ini.

Terima kasih kami sekeluarga ucapkan pada semua yang terlibat dalam dana implant telinga ke 2 Afiq Danial. InshaAllah pahala berterusan buat anda semua selagi mana anakanda kami hidup , dia akan terus memakai alat implan koklea yang anda semua donate seumur hidupnya. Sumbangan anda sangat membantu dan memberi masa depan pada anakanda kami. InshaAllah tidak akan di sia2 kan.

Terima kasih sekali lagi kami ucapkan pada pihak Naza Motor dan Datin, pihak Zakat Selangor, pihak Maybank bahagian IT, akhbar Metro, Hospital Sunway, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Persatuan Hear Me, saudara mara, kawan2 suami dari Alumni Faris Petra, kawan2 suami dari UUM, kawan2 suami di FB dan IG, kawan2 saya di media massa sama ada di IG, FB, whatsapps dan media cetak yang lain, cikgu 3PK, cikgu sekolah, pihak sekolah,kariah surau, jiran2, kawan saya yang sponsor poster, kawan2 saya sama ada kenal rapat mahupun secara alam maya, ahli keluarga, ibubapa sekasut, dan semua yang support saya. Terima kasih pada semua yang telah membeli produk2 yang saya jual selama ini (antara yang saya jual samosa, karipap, sup tulang, wantan, kek coklat moist,cheesekut, bread crump,rempah ayam goreng berempah, apam polkadot & buku bacaan).

Utk pengetahuan semua Afiq Danial admit ward pada 8/11/18, dan akan menjalani pembedahan impan koklea telinga kiri pada 9/11/18 di HUKM under Prof Asma Abdullah (ENT).. Terima kasih semua.. Hanya Allah yang mampu membalas semua jasa dan bantuan kalian. .




06 August 2024

SANTAI - SANTAI..

1) Bagaimana dan siapa parent mula2 yang anda kenal bila anak anda di diagnosis mengalami masalah pendengaran ?
2) Di mana anda mengenalinya ? Fb? Hospital? Blog ? atau dalam mimpi?
3) Pada tahun bila? ( jika masih ingat )
.


Afiq Danial lahir pada nov 2006 dan telah di diagnosis mengalami masalah pendengaran tahap profound pada lebih kurang hujung tahun 2007 ( tak ingat tarikh tepat)..actually agak lama juga berseorangan masa tu.. Lepas saya bangkit, ibu sekasut yang pertama saya kenal ialah mama muhammad kak Aishah Bucksey .. Anak kami operate ci sama tarikh dan admit sama ward kemudian join group FB kenal pula mama Tufayl iaitu kak Norziba Fazlina dari Kuantan secara alam maya pada tahun 2010.
.
1st saya jumpe mama Tufayl pada hari raya qurban kalau tak silap la tahun 2010 ..saya ke rumahnya di kuantan ketika balik raya rumah mak abah di Kuantan juga dan itu lah 1st time kami mengenali secara face to face .. Pada hari itu juga, saya membawa sebuah buku nota untuk catat segala ilmu dan sharing progress anak saya.. ye la, org cakap nak seribu daya tak nak seribu dalih ..baru berjumpa dah ambil kesempatan korek ilmu.

2010 pula secara alam maya di FB kemudian saya mengenali kak Azilla Aziz ibu Uzma dari Terengganu dan kak Nora Fiza ibu Iwana dari Terenggani juga .. Kami berempat bertentang mata di bengkel Sg.Buloh buat pertama kalinya .. Seterusnya berkembang la pengenalan saya dengan ibu2 Hear Me yang lain ..sweet memory untuk saya bila mengenali mereka2 semua walaupun ada yang tak pernah bersua muka ..ANDA BAGAIMANA?
.
Kemudian berpindah ke group wasap.. 1st family day HM buat kat Melaka ..sempoi2 je .. tapi berjalan lancar ..gigih bahagi kerja dengan mak2 ..seronok sangat dari kecik bilangan ibu2 kini semakin bertambah dan sama2 diskus untuk mendaftarkan sebagai Persatuan di ROS ..

Kepada yang mempunyai anak OKU pendengaran yang memakai alat pendengaran (Hearing Aids, Implan Koklea atau Bone Conductor) , dan mencari kumpulan sokongan ibubapa boleh mendaftar di link di bawah ini

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Persatuan Ibubapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia? Boleh tekan link2 di bawah ..
 
Untuk mendapatkan berita aktiviti HEAR ME, boleh like and follow page FB HEAR ME
https://www.facebook.com/hearmemalaysia?mibextid=ZbWKwL

INGIN MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PERSATUAN 
562263518168 MB Persatuan Ibubapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia.

INGIN MEMBERI SOKONGAN DAN MENJADI AHLI HEAR ME?
https://hearmemalaysia.com/register/
(Boleh pilih Ahli Bersekutu (utk professional dan yg tidak mempunyai anak OKU pendengaran) dan ahli biasa (utk ibubapa yang mempunyai anak OKU pendengaran).

HULURKAN SOKONGAN DENGAN MEMBELI T-SHIRT HEAR ME
https://hearmemalaysia.com/product/rompers-hear-me-2-0/

TANDA SUPPORT, LIKE AND FOLLOW HEAR ME DI TIKTOK
https://www.tiktok.com/@hearmemalaysia?_t=8ipqJHFZHY9&_r=1

TANDA SUPPORT SUBSCRIBE YOUTUBE HEAR ME
https://www.youtube.com/channel/UCqSNUy0lEXQFgm_VztfGayA



Dari saya SETIAUSAHA HEAR ME 2024


Ditulis pada 22 September 2017

Dari 2015 lagi la duduk mengadap sebutan words "S" Danial. Still jadi "sh" je. lepastu mama macam redha je la danial tak lepas sebut words "S" .. Now 2017 kembali semula mengadap sebutan words "S" .. dia boleh sebut bila dilatih tapi sebab masalah terlampau lama dibiarkan dan tak training bertahun2 sudahnya dia dah jadi habit. Bila dia cakap macam biasa dia jadi "sh" . Tapi bila slow2 ok je haaaa jadi "S".



Contoh ayat " pasu bunga Nisa pecah " akan jadi "Pashu bunga Nisha pecah " . Lagi cth ayat " sambal tumis ikan bilis ibu sedap " akan dengar dia sebut " shambal tumish ikan bilish ibu cedap " .


Lain huruf dalam trainning kembali ialah " R, J , Z, NG ". Tapi Z ni lain pula. Kalau Zo , Zi , Zu dia lepas sebut lepas ajar Z tu kat mana ( ajar kedudukan lidah ) .. tapi bila "Za " memang tak lepas .. akan jadi "Ja" .. cth dia sebut nama mama la " NOORSHALIZA jadi NOORSHALIJA  ...




16 July 2024

SWEET MEMORY

Save here for sweet memory journey hearing Afiq Danial ...

Catatan ditulis pada 4 Disember 2016 @ Vivatel Hotel .. 

Sharing about KANSO processor at FIRST MALAYSIA HEARING CONGRESS. Mama mewakili parent COCHLEAR. 



The best part. No plan, wakil Cochlear Mr.Alan bawa Afiq Danial masuk pintu depan masa mama sharing. I'm surprise okay!. Dah habis present mama, Prof Goh bagi cenderamata. Prof tanya, "kita nak bagi mangkuk, Afiq nak mangkuk tak?. " Afiq jawab " tak nak mangkuk nak KANSO ."
Hahahaha pandai sungguh awak sekarang ya.


DAPAT PUASA PENUH LAGIKAH DANIAL?

CATATAN DITULIS PADA 6 JUN 2016


Sejak tahun lepas 2015 , #AfiqDanial berjaya puasa penuh. Tahun ni 2016 ni, tak tau la macam mana. Minggu pertama puasa ni di rumah. Start minggu kedua puasa nanti banyak di sekolah. Dugaan di sekolah sangat besar kerana sekolah bercampur kaum. Ada Melayu,Cina dan India dan ada segelintir murid islam juga tidak berpuasa dan membawa bekal hehehe. Inilah ujian mental dan fizikal kamu sayang ...

Teringat kembali saat2 nak kenalkan rukun islam ke 3 kepada Afiq Danial ..Sangat sukar untuk gambarkan dan memahamkan dia ... Alhamdulillah sejak tahun 2 sekolah (2014) Afiq Danial sudah mula faham apa itu puasa? dan slow2 belajar rukun islam ke 2 & ke 3 selepas pass rukun islam pertama. step by step.

Nak ajar rukun iman dan rukun islam ni sangat2 mencabar pada Afiq Danial ni dan kadang2 mama pun buntu but slow2 kita kayuh ye. Biarlah lambat tapi kita terus belajar ...



APA KATA AFIQ DANIAL LEPAS TRY TEST KANSO?

CATATAN DITULIS PADA 14 NOVEMBER 2016

Apa kata #AfiqDanialCochlear tentang KANSO selama percubaan ...November 2016
(Dia punya N5)
 * rasa lain. saya dengar lagi best Dan saya suka .
* kanso ringan rasa macam tak pakai apa2 tapi saya boleh mendengar .
* bila saya nak solat , tak payah buka alat sebab kanso kat belakang kepala, bukan dekat telinga .
* telinga saya tak rasa berat , tak rasa lenguh telinga.
* saya boleh bermain lebih banyak dari sebelum ni ..peluh! Tak pe.



Komen mama pula dari pemerhatian mama ..
* Sejak tengok dia pakai kanso ni , nampak senang nak jaga ..Tak banyak accessories & spare part nak jaga.
* Hanya jaga Processor Kanso seketol & battery je ..
* Processor dah disediakan tali & klip comel untuk di klip kan ke rambut. Tapi kalau rambut baru di potong @ botak, tak boleh la nak klip. So sila kreatif tambah tali panjang yang boleh di klip/ di pin ke baju sebagai langkah penjagaan daripada menanggung risiko RM mak ayah berterbangan kalau alat hilang .
* Ada masa dia kelihatan seperti budak2 normal lain sebab tak nampak alat ..( Ditutupi rambut belakangnya) alat pun warna hitam. Tak nampak la kan. Tapi mama kena kebal la bila anak ni tanya sesuatu di Public area ..contoh baru ni," mama, ni buah apa ?" Belum sempat mama jawab dah ada makcik depan ( Orang luar yang baik hati ) tolong jawabkan masa kami sedang pilih buah ... " buah jambu batu la ...Itu pun tak tau ke? ". Ermmm sabarlah duhai hati.. Barangkali makcik tu rasa macam tengah join kuiz siape cepat oleh pihak Giant kot. So mama senyum je la sambil jawab " ya, tu buah jambu batuanial nak beli ke? ".( tak marah pun, cuma ingatkan diri mama sendiri , kena sabar berdepan dengan orang luar).
* bekalan bateri agak membebankan sebab tidak didatangkan dengan bateri yang boleh di charge tapi boleh beli beteri dari shoppee sebab murah sikit dari syarikat CI hehehehe.

OK, setakat ni je la yang mama boleh share sebagai pengguna selama 2 minggu.. Kalau ada rezeki nak gak beli kanso. Afiq danial pun dah besar . Boleh jaga sendiri dah. Dia suka pakai kanso daripada N5 ( BTE).