23 September 2024

eh! terjumpa pekongsian bertarikh 28 Ogos 2020 , share kat sini lah ye..

Just nak share.. Dulu masa anak oku saya sekolah kebangsaan aliran perdana banyak sgt cabaran..2 tahun pertama sangat struggle. Bukan hanya berdepan dengan isu sekolah, tapi berdepan dengan isu hospital dan tekanan sekeliling. Namun naik tahun 3, keadaan makin terkawal, kehadiran dia disedari oleh sebilangan guru yang mengajarnya..Mereka banyak memberi peluang.. masuk tahun 6, rezeki dapat guru kelas yang supportive sangat2.. Yang positif..
 
 
Bila mengenangkan situasi dan cabaran di sekolah kebangsaan jadi takut juga bila mikir anak nak masuk alam menengah..kawan2 yang lagi besar dan bermacam ragam.. Guru2 yang belum pernah kami kenal. Tambah2 lagi dengar macam2 cerita tak best tentang sekolah menengah yang akan Afiq Danial masuk tu..Mula2 takut juga sebab diri mama telah dipengaruhi dengan cerita2 negatif sekolah menengah tu.. Tapi cuba positifkan diri, cakap dengan diri sendiri, mana2 sekolah pun sama, masalah yang timbul tu atas sikap dan diri masing2..So dalam tak ready dan takut, paksakan juga diri untuk positifkan Afiq Danial.. Terasa macam ulang semula jalan cerita masa dia nak masuk tahun 1 dulu..macam2 nak kena ready. Tapi tak terbuat juga sebab kekangan dengan baby baru.

Hari2 hanya mampu pesan pd dia supaya berperangai baik, pilih kawan yang baik,fikir dulu baik buruk apa2 tindakan, ada masalah jumpe cikgu, jd diri sendiri dan jgn anggap kelainan diri itu 1 yg tak elok..Dari masuk f1, mama hanya pergi sekolah dia masa hari orentasi je..selebihnya dia lalui sendiri..
Now dah Form 2 dah anak Hearing mama ni.. Dah makin matang dan makin mampu handle semua dengan sendiri.. Kawan2 pun alhamdulillah, menerima dia mcm tiada yang kurang pada dirinya..

Hari ni, bangun pagi Afiq Danial hulur fon suruh mama baca wasap dalam group Kadet polis dia.. MashaAllah, terharu rasa bila mama baca..Tak sangka usaha dia cikgu nampak.. Cikgu hargai.. Serius memang dia ada minta mama tolong assigment dia tapi mama cakap mama malas ..mama pantang kalau minta tolong tanpa usaha..tambah2 semalam bawa si kecik tu klinik..cuaca pun terik.. So rasa malas nak beratkan kepala mengadap assigment anak..

Memang nampak dia dok mengadap laptop buat assigment semalam..tau2 tengah malam dia masuk bilik mama tunjuk fon dan bagitau assigment dia dah submit secara online.. Lepsa baca wasap cikgu jadikan dia sebagai contoh pagi tadi, mama tanya apa perasaan awak bila hasil kerja dan usaha awak sendiri cikgu nilai dan jadikan contoh pada semua? Macam mimpi.. Seronok sebab saya buat semua sendiri.. Saya buat sampai selesai dan cikgu puji saya, kata Afiq.


Ye la, sape je yang tak suka dipujikan bila hasil kerja dihargai..Tahniah anak mama.. Terharu dan bangga bila dapat rasa emosi dalam ayat dia tu ..bukan senang tau dalam ribuan pelajar normal, anak oku nak naikkan diri dia supaya cikgu nampak kemampuan dia..
 
Cikgu yang sama juga ajar subjek matematik sekarang..selalu juga dia cerita, yang dia pergi selesaikan soalan matematik di papan putih bila cikgu tanya siapa nak buat? Kadang cikgu sebut nama dia suruh semak jalan kerja kawan buat di papan betul atau salah.. Maka Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau mahu dustakan..
20/1/2024

Program Sesi Dialong Hear Me bersama BPKhas merupakan peluang ke 2 Danial melatih diri berada di depan. Kali ini, Danial sekali lagi bergandingan dengan Muna menjadi pengacara majlis bagi program tersebut. 


Hear Me sekali lagi membuka ruang dan peluang kepada anak2 Hear Me ke hadapan serta memberi pendedahan kepada mereka dalam meningkatkan keyakinan diri ,meningkatkan konfiden diri, melatih pengucapan awam dan memberi motivasi bukan saja pada diri mereka sendiri malah memberi kesedaran pada umum serta inspirasi kepada ibubapa yang mungkin berasa belum yakin untuk mengisi ruang dan peluang yg ada.


Memetik kata Penolong Pengarah BPKhas dalam program tersebut, "julung-julung kalinya saya hadir majlis yang mengacarakan ialah anak-anak OKU itu sendiri. Tahniah untuk adik Afiq Danial dan adik Muna." haaaa gitu. Seronok bila orang nampak dan hargai. Penghargaan ini membuat anak-anak ini merasa yakin dan mahu terus mencuba. Alhamdulillah, pretasi Danial dalam pengucapan awam juga makin improve.



Terima kasih HEAR ME MALAYSIA !

 28/10/2023.

Bersempena sambutan Hari Audiologi Sedunia 2023, Hear Me dijemput bagi membuat persembahan dalam majlis tersebut. Majlis tersebut berlangsung di Auditorium Hospital Cyberjaya. Sebelah rumah mama je hehehe. Selepas ditimbang tara dan kami decide untuk anak Hear Me membuat persembahan sajak. Ini memandangkan kesukaran untuk kami melatih anak2 HM kami jika kami memilih persembahan lain dan kekangan masa untuk kami membuat pemilihan.




Danial dan Muna dipilih bagi memudahkan pengurusan kami. Alhamdulillah, Danial tidak menolak dan selalu memudahkan kerja mama sebagai salah seorang AJK Hear Me. Latihan dan hafal skrip pun bermula dalam tempoh 2 minggu. Debaran kian terasa sewaktu hari raptai di lokasi. Suara bergetar menunjukkan Danial dalam keadaan gugup dan berperang dengan diri sendiri. Namun baiknya anak ini, dia tidak menolak dan tetap melakukan sebaik yang mampu.


Ini merupakan peluang bagi Danial melatih dirinya di hadapan khalayak ramai. Ini juga satu ruang yang sangat diperlukan oleh Danial dan anak-anak Hear Me belajar meningkatkan keyakinan diri mereka. Sudah pasti cara ini merupakan satu latihan realiti yang menggerunkan namun ianya sangat memberi impak yang baik buat mereka. Its ok, berdebar, menggigil,seram sejuk,takut itu adalah normal. Melakukan sedikit kesilapan ketika di atas pentas juga normal sebagai seorang manusia. Bagi menunjukkan tanda sokongan pada mereka, walau macam mana hasilnya, raikan lah usaha mereka. Teruskan sokongan agar mereka berani mencuba lagi dan belajar memperbaiki diri. Eh, kalau tiba-tiba mama disuruh naik pentas bagi sharing pun mama gigil. Entah-entah hilang terus suara mama atas pentas. 




Danial, awak sudah lakukan yang terbaik. Awak penyelamat mama, awak penyelamat Hear Me saat kami terdesak. Awak dan Muna adalah gandingan yang serasi di atas pentas. Thank you sayang.


Status di tulis pada 8 mac 2023

Graduation and Hi-tea

Yeahhhh.. alhamdulillah, tamat sudah perjalanan ilmu Danial di alam menengah. Hari ini, 8.3.2023 di SMK Cyberjaya telah diadakan majlis gradution dan Hi-tea untuk pelajar Form 5. Majlis diadakan di dewan sekolah SMK Cyberjaya. Sempatlah merakam sedikit kenangan bersama kawan-kawan kelas dan guru kelas Pn.Farihah guru kelas 5 business 2. Semoga kamu semua bergemerlapan dalam rezeki masing-masing.