Assalamualaikum..
Alhamdulillah,walaupun agak sukar tapi mama tetap berusaha untuk melatih afiq danial agar pembedahan koklear implan ini tidak sia2 pada anak mama ..selepas on suis implan,afiq danial agak terkejut kerana magnet implannye menangkap ke sistem sarafnye serta menghasilkan berbagai bunyi yg tidak pernah didengarinye sebelum ini..
kini bermulalah episod baru insan kecil yg bernama wan muhammad afiq danial bin wan faresh aman..dari dunianye yg sebelum ini sunyi tanpa sebarang bunyi bertukar ke dunia yg penuh irama dan bunyi..walaupun afiq danial ketika ini hanye bergelar seorang insan kecik yg tidak tahu apa yg sedang berlaku pada dirinya,tetapi mama dpt lihat dari sinar matanye yg menceritakan betapa dia gembira dgn kehidupan barunye..terima kasih kepada mereka yg banyak membantu afiq danial..
setiap minggu afiq danial ada class speech terapy selama 1 jam..dan setiap 2 minggu pula afiq danial ada class mapping (audio) juga selama 1 jam..kedua-dua classnye berlangsung di pusat audiologi dan pertuturan universiti kebangsaan malaysia,jln temerloh titiwangsa..
Alhamdulillah selama tempoh 5 bln ini selepas on suis implan,mama sudah nampak perkembangan yg positif pada afiq danial..memang pada mulanye agak susah untuk dikawal kerana mama dlm pantang bersalin..tetapi selepas habis tempoh pantang,mama terus mengikuti class terapy afiq danial dan selepas mama mendapat nasihat dan tunjuk ajar dr terapy afiq danial,semuanya telah berjalan lancar.yang penting latihan kerap setiap hari di rumah perlu dilakukan..alhamdulillah,sekarang afiq danial sudah dapat kenalpasti namanya sendiri..1 kejayaan pada diri mama dan diri afiq danial..setiap minggu mama dan afiq danial ade "homework" baru..mama tak nafikan kadang2 agak stress dan putus asa juga mama nak mengajar afiq danial pelbagai perkataan dan bunyi baru..mana tidaknye,anak mama ada 3 orang..hero pulak tu semuanye..masing2 berlainan situasi kehidupannye..yg sulong,danish yg memang dilahirkan dgn sempurna cukup sifatnye dan agak pintar serta cepat belajar..yg kedua afiq danial yg sejak dari lahir memang sudah mempunyai kekurangan dari segi pendengaran dan pertuturannya (pekak)..manakala yg ketiga pula,darwish irfan yg dilahirkan cukup sempurna seperti abangnya yg sulong..
selain daripada mengenalpasti nama sendiri,afiq danial perlu buat latihan vokal.mungkin agak mudah bg kanak2 normal seusia afiq danial..tetapi agak sukar untuk danial.malah bunyi vokal bg budak implan seperti afiq danial agak berbeza..antara vokal yg perlu afiq danial tahu dan mahir ialah "a , u , e , m , shhh , sss "..ini adalah bunyi asas yg mewakili semua bunyi perkataan di dlm dunia ini..agak mencabar dan sukar bg kanak2 yg baru boleh mendengar..malah afiq danial perlu membuat latihan mengenalpasti panggilan keluarga di dlm rumah..(mama,abah,along danish,dan baby darwish)..selain itu juga afiq danial perlu belajar mengenalpasti dan mengenal perbezaan nama bagi setiap anggota badan..mengenalpasti benda2 yg mempunyai bunyi seperti tv,telefon,radio,blander,mesin basuh,air paip,acon,dll serta benda2 yg tidak mempunyai bunyi seperti pokok,baju,kayu,rumput,dll...selain drpd itu juga afiq danial perlu membuat latihan memahami arahan dan membezakan perbuatan dan bunyi..contoh perbuatan,danial buang sampah..manakala contoh bunyi,meaw (apa yg afiq danial faham itu bunyi cat..)ini kerana agak berat untuk danial tahu dgn cepat perkataan kucing kerana sebutannye panjang dan susah nk buat bunyi..
sampai di sini dulu coretan perkembangan afiq danial..sehingga bertemu lagi di coretan seterusnye...assalamualaikum..