13 January 2010

Tarikh Pembedahan Afiq Danial

Tarikh pembedahan Afiq Danial sudah ditetapkan pada 25 February 2010 . Beliau akan masuk wad pada 24 February 2010.

Diharap semuanya akan berjalan lancar. Pada waktu pembedahan itu , ibu Afiq Danial sudah sarat mengandung dan due date dia pada 23 March 2010. Kira ok sebenarnya jadual tu kerana sekiranya pembedahan itu dibuat selepas ibu Afiq Danial bersalin, akan akan berlaku kekalutan dengan urusan Afiq Danial dengan baby baru nanti.

Wang yang terkumpul adalah sebanyak +- RM 74, 000, Saya kena menyediakan balance sebanyak +- RM3000 lagi selewatnya-lewatnya awal minggu depan untuk diserahkan kepada Bendahari UKM bagi melancarkan proses pembedahan itu .

08 January 2010

Wang untuk kos pembedahan Afiq hampir cukup

Seperti sedia maklum kos pembedahan Afiq Danial ialah sebanyak RM77,000
Alhamdulillah, Setakat ini jumlah yang corfirm ada ialah RM 73, 515 .Bermakna jumlah yang masih dicari ialah lebh kurang +- RM3500 .Bermakna tarikh pembedahan Afiq Danial akan diketahui bila-bila sahaja. Sesiapa yang ingin mengambil peluang untuk membantu anak saya dari segi sumbangan boleh lah menghulurkan sumbangan. Maklumat akaun boleh didapati di http://helpafiqdanial.blogspot.com/
Sumbangan anda amatlah berharga..TQ

07 January 2010

Afiq Danial Demam

Dah 2 hari Afiq Danial demam batuk . Hari ni belum baik lagi.. Masalah bila Afiq tak suka makan ubat.. dah puas pujuk tapi tak nak juga..kalau paksa dia muntahkan balik.. Kalau dia demam atau selsema terpaksa bagi ubat masuk punggung.. Dah bawa Afiq pergi klinik 2 hari lepas.
Harap Afiq sembuh cepat. Tak sempat nak temankan Afiq sebab abahnya sedang bekerja sekarang. Nasib mama dia fulltime housewife boleh jaga dia setiap masa..

06 January 2010

Alhamdulillah - Syukur kepada Allah

Ada berita gembira sempena tahun baru ini. Baru sekejap saya menerima panggilan daripada Pihak Tabung Hukm, Kementerian Kesihatan dah luluskan sebanyak RM70,000 daripada jumlah Kos Rawatan RM77, 000 yang telah ditetapkan oleh Pihak HUKM , bermakna tarikh pembedahan akan ditetapkan tidak lama lagi.

Alhamdulillah..