01 September 2014

GATHERING RAYA PERSATUAN HEAR ME 2014

Assalamualaikum...lama jugak tak update blog my angel ni..ok ari ni mama nak update kisah aktiviti persatuan HEAR ME kami...

Aktiviti terbaru persatuan HEAR ME ialah GATHERING RAYA HEAR ME 2014... haaa semua orang sibuk raya,kami pun nak raya jugak...bergather2 kita...Alhamdulillah...gathering raya persatuan HEAR ME berjalan lancar seperti yang dirancang secara online dan berakhir dgn jayanya.. besttt dpt jmpe parent sekasut...sblm ni sembang dlm Wasap Dan telegram je...bila dpt jmpe..seronok Dan bersemangat....yg best ibu2 ni ..1st time jmpe dh mesra..seronok la katakan...masing2 memahami Dan saling memberi support each other..



Terima kasih pd ibubapa Dan anak2 semua yg berjaya hadirkan diri beserta menu2 sedap...comey2 Dan hensem2 semua....mknan Dan minuman pun sedap2....brape kg naik ni?...hahaha


Sedikit sukaneka ringkas utk anak2...seronok tgk anak2 semua hepi...bersemangat masing2 nk berlumba game... Goodies bag dan duit raya utk semua anak2....anak2 hearing juga gembira bersukan Dan berkumpul sama2...alhamdulillah...



Semoga kita berpeluang lagi bertemu..berkumpul..berkongsi Serta mengeratkan ukhwah kita agar kita ibubapa anak HEAR ME terus bangkit...



sedikit maklumat gathering raya HEAR ME 2014..

TARIKH :9 OGOS 2014 (SABTU)
LOKASI : TAMAN TASIK EMPANGAN,PUTRAJAYA
JAM : 3.30 PETANG
MENU : POTLUCK PARENTS/SEDEKAH
AKTIVITI : RAIKAN KEMERIAHAN AIDILFITRI PARENTS SEKASUT..SUKANEKA ANAK2..SUMBANGAN DUIT RAYA..DLL

OBJEKTIF : merapatkan lagi ikatan ukhwah sesama ibu2...bapa2...dan anak2 HEARING LOSS HEAR ME dalam sosial anak2 normal.

HARAPAN :  Mendapatkan sokongan yg berterusan mampu  membantu anak2 hearing loss bertutur dan berkomunikasi dgn masyarakat dan keluarga...malah sokongan masyarakat juga dapat memainkan peranan yg besar agar ibubapa tidak merasa mereka keseorangan dan sentiasa bermotivasi tinggi.Tanpa kita sedari anak2 ini juga boleh menjalani kehidupan yg normal jika diberi sokongan dan pendedahan. Justeru itu anak2 hearing loss ini akan merasai perbezaan yg ada pd mereka bukanlah sesuatu yg digeruni serta pelik.

AYUH!!!!! KITA  BANGKIT BERSAMA HEAR ME DEMI ANAK2 HEARING LOSS ANDA...