13 March 2010

Gambar-Gambar Hari Kedua Selepas Pembedahan - 3/3/2010








Afiq Danial selepas operate...


Alhamdulillah selepas operate pada 2/3/2010, tiada komplikasi yang berlaku terhadap Afiq Danial. Sekarang ni pun dia macam dah lupa yang dia pernah buat operation.. Pada 24/3/2010 ini, Danial ada appoinment dengan audio untuk memasang alat luar pula . Alat ini pelengkap kepada proses cochlear implant beliau. Bila sahaja alat ini dipakai , beliau akan dapat mendengar dan dari situ bermulalah new journey of Afiq Danial. Danial akan mengikuti speech therapy untuk membolehkan Danial dapat bercakap dan bertutur seperti orang lain..

01 March 2010

Gambar Hari Pertama Di Wad 4K , HUKM




























Afiq Danial dah masuk wad hari ni 1/3/2010


Masa dah hampir tiba, hati dah semakin berdebar-debar kerana waktu pembedahan Danial sudah hampir tiba. Esok Danial akan menjalani koklear implan. Mana-mana pembedahan mempunyai risiko yang tersendiri. Harap esok semuanya berjalan lancar.

Tadi kejap baru jer daftar masuk wad. Danial masih kat depan lagi tengok kartun, tak nak dok dekat katilnya lagi. Danial memang tak suka duduk dalam wad ni. Kejap lagi mesti dia minta nak balik. Macam masa Danial masuk wad ketika MRI dulu .

Letih la dibuatnya. Mama dia dah tak berapa larat sebab dah nak sampai due dah untuk bersalin , Doktor dalam masa seminggu ni lah mama dia akan bersalin.