Masa dah hampir tiba, hati dah semakin berdebar-debar kerana waktu pembedahan Danial sudah hampir tiba. Esok Danial akan menjalani koklear implan. Mana-mana pembedahan mempunyai risiko yang tersendiri. Harap esok semuanya berjalan lancar.
Tadi kejap baru jer daftar masuk wad. Danial masih kat depan lagi tengok kartun, tak nak dok dekat katilnya lagi. Danial memang tak suka duduk dalam wad ni. Kejap lagi mesti dia minta nak balik. Macam masa Danial masuk wad ketika MRI dulu .
Letih la dibuatnya. Mama dia dah tak berapa larat sebab dah nak sampai due dah untuk bersalin , Doktor dalam masa seminggu ni lah mama dia akan bersalin.
No comments:
Post a Comment