26 January 2011

MAMPUKAH AFIQ DANIAL...???

Sudah hampir sebulan kita melayari tahun 2011...Tapi ada 1 persoalan tentang danial yg sentiasa merisaukan hati kecil mama dari tahun 2010 lagi..kalau diikutkan tahun..umur danial sudah mencecah angka 5...dah besar rupanya anak mama nie...tapi kenapa mama masih lagi tidak yakin?ermmm ntahla..mungkin sbb mama "ibu" danial..mama kenal anak mama...

Dari rauk wajah dan fizikalnya memang tidak menunjukkan bahawa insan kecil ini seorang kanak2 istimewa...fizikalnya memang normal..tapi di sebalik fizikal yg normal itu terlindung 1 kecacatan kekal yg perlu anak ini akuinya...walaupun ketika ini dia belum mengerti..

Berbalik kepada kerisauan yg mama hadapi ketika ini tentang persekolahan danial.. dari tahun lepas lagi setiap minggu bila mama membawa danial ke terapy,cikgu munira (speech terapy)dan cikgu hanim (audio terapy) sering bertanyakan mama tentang sekolah danial...Bukan mama tak mahu menghantar danial ke sekolah..tapi adakah danial mampu berdikari sendiri tanpa mama di sisinya?..malah tanpa menyusahkan cikgu2..kawan2 dan orang sekelilingnya?..adakah danial mampu menguruskan dirinya tanpa menjadi beban orang lain?Bolehkah mama letakkan sedikit kepercayaan dan keyakinan mama pada cikgu2 di sekolah untuk menjaga danial sepertimana mama dan abah menjaga danial sekarang?Bolehkah cikgu danial memberikan tumpuan hanya pada danial seorang sepanjang waktu persekolahan itu sepertimana yang mama lakukan sekarang?Tidakkah kawan di sekolah yang sememangnya normal akan mengejeknya?

Mama faham maksud cikgu tu..tujuan utama mengapa perlu danial dihantar ke sekolah dari sekarang ialah bagi meningkatkan tahap perkembangan sosialnya selain untuk melatihnya bercakap?Memang mama akui jauh di sudut hati mama..mama sebenarnya sangat teruja..Bahkan danial akan mempunyai ramai kawan..danial juga dapat belajar bersosial..di samping belajar bertolak ansur..Itu yg mama fikirkan untuk anak mama nie..Juga membolehkan danial belajar untuk berdikari tanpa kehadiran mama yang selama ini sentiasa "menjadi kembar danial"...Cikgu juga ada memberitahu mama jika danial dihantar ke sekolah, sudah pasti danial akan lebih cepat belajar bercakap kerana sudah pasti ramai kawan2 yang bercakap di sekelilingnya..mama memang fikirkan dan merancang semua itu untukmu sayang...untuk mu..
TAPI...setiap kali mama fikirkan tentang persekolahan danial dengan pantas pelbagai persoalan bermain di minda mama..bahkan pelbagai kemungkinan yg negatif bersilih ganti di benak fikiran mama..bagaikan dirasuk syaitan2 agar mama menjadi lemah dan tidak cuba memberi peluang kepada danial..Boleh kah cikgumu nanti menjagamu seperti kami menjagamu sekarang?

sedikit mengenai anak kecil ini.."Danial dilahirkan pada tanggal 03 nov 2006,pada pukul 1.57 ptg hari jumaat di hospital serdang...pada saat danial keluar dari rahim mama..danial tidak menangis..kuat betul anak kecil ini ya...tidak sesekali anak ini takut utk meneruskan perjuangan hidupnya di dalam dunia baru..dunia yg luas terbentang..dunia yg sememangnya dipenuhi makhluk tuhan yg byk ragam....(bisik hati kecil mama)..jujur mama katakan..pada masa itu memang mama bersyukur melihat anak itu sempurna..cukup sifatnya..indah sungguh fizikalnya..malah begitu mudah menjaga anak kecil ini semenjak dilahirkan... tidak pernah kedengaran tangisannya sama sekali..anak kecik ini juga tidak pernah meragam..malah difikiran mama tidak pernah terdetik kerisauan mengapa anak ini tidak pernah menangis..Sehinggalah umur anak kecil ini memasuki hampir 4 bulan..akhirnya anak kecil ini tewas dengan mutiara jernihnya yg telah lama tersimpan..tetapi saat itu mama masih lagi tidak mengetahui akan masalah yg dihadapi anak ini..maafkan mama sayang...MAAFKAN MAMA..."

Lihat sajalah gambar di sebelah..gambar danial pakai uniform sekolah along Danish...terpancar sinar di wajahnya bukan?..tetapi adakah sinar itu akan terus terpancar di wajah danial apabila sudah sampai masa kakinya melangkah ke sekolah nanti??Adakah danial mampu bertahan di hari pertama persekolahannya nanti?Adakah akan wujud mata2 yg memandang serong kepadanya nanti?wujudkah sikap2 yg akan meminggirkannya nanti?WUJUDKAH???

Satu hal lagi...bukan saja mama risaukan keadaan danial semata2..tetapi alat koklear (alat bantuan pendengaran) juga perlu dijaga sebagaimana mama menjaga danial selama ini...adakah mampu cikgu dan kawan2 sekolah memberi kerjasama?Dan tahukah danial mana 1 van/bas sekolah yg perlu dinaikinya selepas tamat waktu persekolahan?Bagaimana jika Danial tersalah van/bas sekolah?tahukah Danial jalan balik menuju ke rumah mama?MAMPUKAH mama tenang tanpa kerisauan pada setiap waktu persekolahan danial berlangsung?Mampukah danial melalui semua itu?MAMPUKAH DANIAL!?

Mama tahu kecacatan danial tidaklah berat jika hendak dibandingkan dengan kecacatan yg dilalui ramai di luar sana..tetapi mengertilah,seberat dan seringan mana pun kecacatan itu ianya tetap memberi impak yg sama..dugaan yg sangat besar pada mereka yg melaluinya..Mama tak tahu adakah delima yg mama lalui ini NORMAL kepada ibubapa2 yg turut melalui keadaan yg sama seperti mama @ mungkinkah ianya hanya mainan imaginasi mama..?NORMAL @ TIDAK? emmm ntahla..

p/s: jika coretan ini membuatkan air mata anda mengalir..saya mohon maaf banyak2..time kasih kerana masih ade sedikit ruang utk anak2 ini di hati anda..bukan niat utk menagih simpati tetapi sekadar ingin meminta sedikit ruang agar anak2 istimewa ini diberi peluang utk meneruskan tanggungjawab mereka bg mendapatkan keredhaan dan "habuan" dari Maha Pencipta...sekian :)

"DANIAL, MAMA SAYANG DANIAL DUNIA AKHIRAT...I LOVE U SAYANG!!...:)
(Bkn bermakna mama x syg anak2 mama yg lain tau..semua ank2 mama tetap mama syg..mari kita bantu danial terus maju ya along Danish & baby Awish + baby besar mama "hubby"..)


5 comments:

  1. Kerisauan yang pastinya terdetik dalam jiwa setiap ibu-ibu yang punya anak istimewa.Insyaallah..Danial mampu kak.Semoga segalanya dipermudahkan untuk anak comel ini.
    p/s: Kak, danial terapi di mana?setiap minggu?

    ReplyDelete
  2. salam buat ibu afiq..
    memang risau nak lepaskan anak istimewa ke sekolah tp kita kena yakin bahawa yg menjaga mereka di sekolah adalah guru2 yg terlatih.

    sekadar berkongsi pengalaman...saya ada seorang pesakit yg mmg regular customer.anak ke dua beliau punya masalah spt afiq.anak itu (perempuan) dihantar ke sekolah khas semasa umur 6 tahun.yg saya sendiri terkejut ialah anak itu tinggal di asrama sejak hari pertama sekolah.she survive very well.masih lagi guna alat bantuan pendengaran.sekarang dah umur 11 tahun.sgt aktif dalam sukan.

    so...jgnlah terlalu risau ttg keupayaan anak2 kita.

    ReplyDelete
  3. tq ibu aisya...danial terapy kat ukm jln temerloh..klinik audiologi dan pertuturan ukm..dekat ngan tmn tasik ttwangsa...:)

    ReplyDelete
  4. tq ieda...insyaAllah saya akan cuba berlapang dada dan berpikiran positif dlm membesarkan danial nie...:)

    ReplyDelete
  5. time kasih atas kesudiaan kwn2 menjenguk blog danial dan komen2 anda memberi semangat kpd saya...tq

    ReplyDelete