mood : sentap.....
mood : lemah semangat rasa nak nangis..(dah nangis dah pun...)
mood : stresssssssss....
ADUHAI DANIALLLLLLLLLL SAYANG...JANGAN BUAT MAMA BEGINI...MAMA TAK TAU NAK RUJUK PADA SIAPE..TAK TAU NAK KONGSI PADA SIAPEA...TAK TAU SIAPEA YANG DAPAT KURANGKAN BEBAN MAMA SAAT INI... (ni luahan mama dalam fb semalam...)
banyak juga feedback yang mama terima secara positif..rata2 semua cuba menenangkan hati mama..terima kasih pada mereka yang sentiasa sedar akan kewujudan mama di situ (fb)...
Tetapi secara jujurnya..hati mama dan seluruh jiwa mama masih belum tenang...biar pun pelbagai kata2 semangat mahu pun sokongan dari kawan2 yang ikhlas cuba membantu...tetapi hati kecil mama ini tetap juga meronta2 bagaikan dirasuk syaitan dan tetap mengatakan mereka semua tidak dapat menyelami hati mama dan airmata ini bagaikan tidak kenal erti "stop"...terus laju mencurah..kadang2 "slow" tetapi tidak mahu berhenti...mama bukan tidak cuba pujuk ati ini...mama cuba bertahan....mama bukan tidak cuba melawan emosi mama ketika itu...tetapi entah kenapa hari itu mama rasa mama benar2 tewas..mama benar2 stress..mama rasa beban ini mama pikul sorang2..mama benar2 rasa tersungkur dengan usaha mama sendiri...Ya Allah....berat sungguh dugaan yang Kau berikan pada hamba Mu ini..ya benarlah kata org..Allah memberi ujian pada mereka yang terpilih..Adakah mungkin ini balasan Mu kepada hamba yang kadang2 leka dengan dunia..jujur aku katakan memang aku sedari kadang2 syaitan lebih menguasai ku untuk terus leka dibuai bisikan syaitan2...aku lupa kepada MU,YA ALLAH...
Saat mama rasa benar2 tertekan beginilah mama harapkan kawan2 seperjuangan mama disisi...bukan tak menghargai kawan2 yang lain, tetapi bila mama luahkan apa yang mama rasa pada mereka ni..mama rasa beban yang mama pikul tu dapat di ringankan...mama rasa seolah2 "sakit yang mama tanggung telah dirawat.."..terima kasih pada pn.mila (mama izah),walaupun berada jauh di Terengganu still sudi menghubungi mama di sini. Terima kasih juga pada pn.Siti Zahira(umi sSofea), yang memang sentiasa tidak lokek ilmu bila mama perlukannya. Harapan mama untuk kita yang melaluinya cuma 1 je, moga segala usaha yang kita lakukan akan memberi sinar kepada anak kita ini untuk berjaya seperti anak2 normal yang lain...insyaAllah.
TAPI MAMA TAK FAHAM 1 PERKARA NI....(khas untuk ANDA yg terasa..)
mMengapa perlu kamu menghentam saya dengan kata2 yang benar2 merudumkan jiwa saya dan terus membuatkan hati saya hancur berkecai. Tiadakah sedikit ihsan kepada saya setelah kamu mengetahui dugaan yang sedang saya pikul. Memang benar ujian yang Allah berikan pada saya tidaklah sehebat ujian yang Allah berikan pada segelintir insan. Tetapi kamu tidak mengalaminya..seringan mana pun dan seberat mana pun ujian yang berkaitan kecacatan ini..impaknya tetap besar pada yang mengalaminya. Tidak perlulah kamu cuba memujuk hati saya dengan kata2 sabar setelah kamu menghentam saya. Semoga kamu terbuka hati untuk menyelami masalah segelintir masyarakat di dunia ini...
p/s:semua orang cakap mama kuat..mama tabah..mama sabar..tapi KUAT ke mama?TABAH ke mama?SABAR ke mama? emmm entahla.......YA ALLAH, KAU TINGKATKANLAH KEKUATAN, KETABAHAN,KESABARAN DAN PERMUDAHKANLAH SEGALA USAHA KU DEMI ANAK2 KU TERUTAMA DANIAL...BERILAH SINAR KEPADA ANAKKU ITU.
DANIAL....MAMA SAYANG DANIAL SEPERTI MANA MAMA SAYANGKAN ANAK2 MAMA YG LAIN...I love U 🥰
sabar yer mama ini semua dugaan ALLAH...saya pernah dan masih merasa seperti mama afiq rasa...ingatla satu perkara dari nya kita datang dan kepadanya kita kembali....
ReplyDeletetq mama akid...insyaAllah
ReplyDelete