Memang sgt2 bagus dan byk info yg mama dpt dlm menyelami keadaan danial dan sekali gus berharap dpt membantu danial membesar dengan baik bersama alat CI nya....tambahan pula selepas membaca penulisan penerima implant dewasa ini tentang "BILA BUNYI MENJADI MUSUH"...lepas baca cerita terasa sayu dan kasihan pd anak kecil saya ni..byk yg perlu saya fahami dan selami mengenai mereka yg memakai CI..tambahan plk dia masih kecil dan sblm CI dia blm pernah mendengar...
Di bawah ini merupakan penulisan penerima implant dewasa yg mama maksudkan..
Bila Bunyi menjadi Musuh.Benarkah apa yang anda baca ini?Bagaimana pula bunyi menjadi musuh kepada kami penerima Implan Koklea ini?Benar,bunyi boleh menjadi musuh kepada kami.Saya akan terangkan kepada semua bagaimana Bunyi mampu menjadi musuh kepada kami.
Biar saya memberitahu anda,yang kami di dalam Proses pembelajaran.Mendengar itu satu pelajaran bagi kami.Semakin lama,semakin panjang kami mendengar,bermakna semakin lama kami belajar.Di satu tahap,otak kami akan Jammed.Pernahkan anda mengulangkaji pelajaran?Anda juga merasa kadang-kadang otak anda merasa penat jika belajar di dalam masa yang panjang.Apa yang anda lakukan.Berehat,atau melakukan aktiviti lain.Begitu juga kami.
Apabila Otak kami berada di dalam keadaan ini,daya tumpuan kami untuk menangkap bunyi merosot dengan mendadak.Apa yang dicakapkan anda,kami menjadi KELIRU walhal perkataan yang anda sebut sudah beratus kali kami dengari dan cam.Anda harus ingat yang kami bukan sahaja mendengar Suara,kami turut mendengar bunyi sekeliling.Jadi bayangkan otak kami yang seperti terpaksa melakukan 2 perkara,menterjemahkan perkataan anda disamping mengenal bunyi alam sekeliling.
Banyak kali saya berada di dalam keadaan ini,namun ianya paling kerap berlaku semasa Sessi SPEECH.Ini kerana semasa sessi speech,otak saya dipaksa belajar mengenal bunyi secara intensif.Pakar terapi pertuturan saya memahami situasi saya,dia akan memberikan saya masa 1 atau 2 minit untuk berehat sebelum menyambung pelajaran.
A-ayah,A-ayah,A-ayah(bila dah Konfius) A-AYAM?????
Bagaimanakah dia tahu bila otak saya kepenatan.Jawapannya pada maklumbalas saya.Sebagai contoh semasa memulakan sessi,dia akan memulakan dengan 15 atau 20 gambar.Tindakbalas saya,18 daripada 20 gambar dapat saya cam bunyinya.Namun semasa memulakan sesi kedua atau ketiga,maklumbalas saya merosot.Dari 18 betul,ianya berkurangan kepada 15,10 jawapan yang betul walhal ianya menyebut perkataan yang sama saya dengari semasa sessi pertama,cuma menukar susunan gambar.
Jadi para ibu bapa,semasa mengajar anak anda perkataan,cuba buat perbandingan jawapan betul semasa sessi pertama,kedua dan ketiga.Sekiranya semakin merosot jawapan betul,berikan sedikit masa untuk anak berehat.Jika apa yang saya tuliskan ini benar,maka jawapan anak anda akan kembali meningkat.
Jadi jelaslah kepada semua mengapa bunyi boleh menjadi musuh kepada kami.Saya seorang yang dewasa,bila saya mengalami situasi ini,saya akan tetap menghadapinya.Namun bagi kanak-kanak,mereka akan memilih cara yang termudah iaitu mengelak.Jadi ibu bapa perlu bijak untuk mendidik anak mereka menghadapi masalah ini.
Mungkin inilah salah satu masalah yang dihadapi anak anda semasa anda mengajar mereka.Anda mengajar mereka,namun anda tidak mengetahui otak mereka penat.Bila otak mereka penat,mereka akan keliru.Bila mereka keliru,apa yang anda ajarkan bagaikan mencurah air di daun Keladi.
dari mama utk diri mama,
so,apa yg perlu mama lakukan adalah menyelami dan memahami kemampuan otak danial...jgn trs nk marah danial bila danial bg respon yg agak berbeza dr jangkaan dan harapan mama w/pun bunyi/benda/perkataan itu mmg sudah lama danial cam@faham...sbb bila danial penat,dia akan keliru..bila dia keliru dia akan bosan dan otaknya tidak dpt bekerja dgn baik..maka respond yg diberi akan jadi ??? (hahahaha...akan buat mama naik hantu dan akhirnya mama sendiri akan feedup nk mengajar...betol kan..kan..kan????...dan bila mama naik hantu,reaksi dr danial pula "CONFIUS" kenapa dgn mama?apa yg mama nak??(sambil mata danial menahan air mutiara yg nak jatuh dgn muka sedeh dan bersalah sbb buat mama marah.)...ni kisah benar tau sebelum menyelami keadaan danial dgn lebih baik...bukan senang nk selaminya sbb dia masih kecil dan sukar utk dia tafsirkan perasaan,emosi,masalah dan sebangainya pd kita..selama ni yg mama tau hanya la pada luaran saja..sgt2 bersyukur lepas jumpa 1 blog mengenai penerima implant koklear dewasa ini sbb dari beliau la mama dpt belajar dan fahami byk benda tentang penerima implant...alhamdulillah..semoga beliau teruskan penulisannya dlm membantu mama dan parents yg mempunyai anak implant yg masih kecil ini.....
INSYAALLAH SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA USAHA...AMIN
Salam Puan,Saya amat bersyukur kerana penulisan saya memberi manfaat kepada Puan.Anak Puan masih kecil,dia tidak mengerti erti keliru,Konfius,penat.Jadi dia tidak beritahu Puan mengenai hal ini.Namun Puan Haruslah bersabar kerana semua orang ada tahap kemampuan mereka belajar mendengar.ada yang mampu bertahan 5 minit jsaja sebelum otak mereka penat,ada yang lebih singkat lagi.Namun otak kita amat luar biasa,samakin lama kemampuanya akan semakin meningkat.Insya Allah.
ReplyDeletewsalam saudara najib...za juga amat bersyukur dan berterima ksh sgt2 dgn perkongsian dr saudara najib tentang kehidupan mereka yg memakai CI ini...sgt2 membantu saya dan sgt2 memberi pengetahuan baru tentang kehidupan anak saya ini...kalo diamati semula,amat menyeronokkan saya dlm stiap aktiviti mengajarnya...di samping saya mengajar dia,saya juga belajar...berbeza cara mengajar anak saya yg normal...cukup sekadar basic..tetapi utk anak CI saya,saya perlu belajar dahulu dan saya perlu kaji dan juga persediaan yg byk...sama seperti saya perlu masuk sekolah semula...tetapi ianya amat menyeronokkan...
ReplyDelete