02 August 2012

DANIAL TAK BIASA...

selasa baru ni kami bawa danial memenuhi tarikh temujanji speech di klinik audiologi dan sains pertuturan tempat biasa danial menjalani segala jenis therapies yg berkaitan pendengaran dia...seperti kebiasaannya danial sgt mudah dikejutkan bangun pagi2 utk bersiap...stiap kali nak pegi kelas terapi,danial akan cakap "mama,tidur bangun danial sekolah..naik kereta...cikgu..(jumpa cikgu)...tapi masalahnya di sini,danial belum biasa didedahkan dengan keadaan persekitaran sekolah yg sebenar...

Dan pada selasa baru ni,dengan hati gembira nak gi sekolah dan ceria...tiba2 masuk saja bilik terapi speech..rauk airmuka danial berubah...dari ceria kepada tidak selesa...so dia mula tidak fokus...sebabnya??? kehadiran seorang student ukm yg turut serta sessi terapi dia..dari kecik dulu lagi memang cikgu dia tau yg danial tak boleh ada org lain@cikgu lain yg buat terapi utk dia selain speech terapies dia cikgu munira....tapi kata cikgu dia..mama kena biasakan danial didedahkan dengan org luar..mama tak boleh sentiasa cuba "menyelamatkan danial"...katanya lagi,cikgu comfirm danial akan meraung,menjerit,menangis bila awal masuk sekolah nanti...sbb dia dah biasa mama akan sentiasa ada bersama dia....

setelah setengah jam berlalu,akhirnya cikgu speech danial minta student (aida namanya) keluar dari bilik itu dan hanya menonton kami melalui CCTV di bilik sebelah...huhuhu...kesian student tu...maaf ya..harap cik aida tu faham la...keputusan cikgu speech danial ni pun berikutan,bila danial buat@jawab salah.dia rase malu pada student tu (sbb tu org baru..kalo cikgu dia mmg dh faham dia kot..) dan sbb malu dia menjerit dan terus menangis teresak2 peluk mama..puas juga la nk pujuk dia kembali ok dan teruskan terapi...jujurnya,mama hampir2 nk nangis bila dia peluk mama sambil nangis..tapi mama cuba tahan sbb nk bagi danial semanagat dan sokongan...

ermmm...apa pendapat anda?apa yg perlu mama buat?


DANIAL BERCERITA..

Petang tadi,keadaan umah tibe2 rase macam boring je...latihan dgn danial dh buat...membaca pun sudah..mengira pun sudah..pendek kata smua homework dgn danial dah settle..time aktiviti bebas danial dan mama pula...buka siaran tv..smua channel rase tak best nk tengok...bila buka channel cartoon utk danial..smua channel dia reject...so,jawapannya mama tutup tv...hehehe

tengah lepak2 dengan danial sebab awish (adik danial) tengah dibuai mimpi siang hari dan along danish pula bersekolah..hanya tinggal mama dan danial je...mama pun terasa nak borak2 dengan buah hati pengarang jantung yg sorang ni...so,mama pun startkan la perbualan dgn mengajukan soalan...jeng..jeng..jeng...

mama: danial!
danial: iya..
mama: ada apa tu kat ear danial?kale hitam..(merujuk pd alat CI dia)
danial: ear danial hitam (danial bgtau CI tu telinga dia)
mama: haah! ear danial?kenapa mama tak de..
danial: mama,abah,awish,ayong ada ear haa!...danial tak de ear...mama!danial buka ear tak de dengar..pakai ada..

 (sayu la pulak hati dengar dia cerita kisah dia..)

mama: ooo...(terpaku kejap dgr cerita dia..tibe2 mama tak tahu nak mencelah apa...emm)
danial: mama,abah,awish ayong ear ada 2 (sambil tangan dia pegang telinga kanan dan kiri mama)..(dia tunjuk telinga kiri dia,dia cakap tak de dengar ear ni haa'...)

 mama: danial...boleh mama pinjam tak?
danial: tak boleh...danial punya ear...mama ada ear..tak boleh...tu luar (merujuk doktor) potong kakang ni (tunjuk blakang telinga dia)..

** lihat memek muka dia bercerita dengan bersungguh,tibe2 mutiara jernih mama mengalir tanpa diundang walaupun cuba mama control..tibe2 kata2 dari hatiku menjentik diri ku dari terus menghayati cerita anakku ini..bukan tak nak selami perasaannya tapi bimbang hati ini kalah melawan perasaan sayu dihati ini...dan bimbang respond ku ini memberi makna yg berbeza pada anakku ini..lalu hati ku berkata "wahai insan bergelar mama,janganla kamu menunjukkan airmata mu itu jatuh di hadapan anak syurga mu ini tika mana dia sedang berkongsi tentang dirinya bersama kamu..kerna dia belum mengerti apakah maknanya airmata mu itu...adakah airmata gembira?airmata sedih?kesal @ kecewa?dia belum ngerti...sokongla dia...bantu lah dia agar dia terus membesar seperti anak2 normal yg lain kerna dia juga berhak mendapatkannya..dan tak menyesali akan nasibnya dan bangga dengan kelainan yg ada pada dirinya...insyaAllah,semoga dipermudahkan segala urusan anak mama ini...

**1 lagi,mama bangga dgn danial...dia tak pernah malu untuk memakai alat pendengaran (CI) dia walaupun berhadapan dengan saudara mara dan keadaan sekeliling yg dipenuhi dgn insan2 normal lain...malah mama nampak usaha dia untuk cuba masuk dlm kelompok anak2 normal lain...


01 August 2012

BERITA GUMBIRA...

Syukur alhamdulillah ku panjangkan doa kepada Yang Maha Pencipta...pada lebih kurang 16hb julai 2012,abah danial cek status kemasukkan sekolah danial secara online...dan result yg tertera dlm alam maya itu adalah wan muhammad afiq danial bin wan faresh aman telah di tempatkan ke sekolah kebangsaan taman universiti,seri kembangan...kenapa gumbira???yihaaaa sebab sekolah tu merupakan sekolah kebangsaan aliran perdana..so danial akan meneruskan pembelajarannya di dalam kelas biasa yg terdiri daripada 100% murid normal...alhamdulillah...sukanya hati mama...tapi disebalik perasaan itu,terdetik juga kerisauan2 lain...emm tak usah dilayan la perasaan itu..hati tengah berbunga2 nie...cewahh...hehehehe..

mama mohon kawan2 yg menjenguk blog ini kiranya sudi kawan2 smua titipkan doa buat buat hati mama ni "WAN MUHAMMAD AFIQ DANIAL BIN WAN FARESH AMAN" agar segalanya berjalan lancar bila mana kakinya mula melangkah keluar dari kepompong jadual mama selama ini...dan doakan moga anak ini dapat pick up segala modul pembelajaran di sekolah nanti....insyaAllah...