Petang tadi,keadaan umah tibe2 rase macam boring je...latihan dgn danial dh buat...membaca pun sudah..mengira pun sudah..pendek kata smua homework dgn danial dah settle..time aktiviti bebas danial dan mama pula...buka siaran tv..smua channel rase tak best nk tengok...bila buka channel cartoon utk danial..smua channel dia reject...so,jawapannya mama tutup tv...hehehe
tengah lepak2 dengan danial sebab awish (adik danial) tengah dibuai mimpi siang hari dan along danish pula bersekolah..hanya tinggal mama dan danial je...mama pun terasa nak borak2 dengan buah hati pengarang jantung yg sorang ni...so,mama pun startkan la perbualan dgn mengajukan soalan...jeng..jeng..jeng...
mama: danial!
danial: iya..
mama: ada apa tu kat ear danial?kale hitam..(merujuk pd alat CI dia)
danial: ear danial hitam (danial bgtau CI tu telinga dia)
mama: haah! ear danial?kenapa mama tak de..
danial: mama,abah,awish,ayong ada ear haa!...danial tak de ear...mama!danial buka ear tak de dengar..pakai ada..
(sayu la pulak hati dengar dia cerita kisah dia..)
mama: ooo...(terpaku kejap dgr cerita dia..tibe2 mama tak tahu nak mencelah apa...emm)
danial: mama,abah,awish ayong ear ada 2 (sambil tangan dia pegang telinga kanan dan kiri mama)..(dia tunjuk telinga kiri dia,dia cakap tak de dengar ear ni haa'...)
mama: danial...boleh mama pinjam tak?
danial: tak boleh...danial punya ear...mama ada ear..tak boleh...tu luar (merujuk doktor) potong kakang ni (tunjuk blakang telinga dia)..
** lihat memek muka dia bercerita dengan bersungguh,tibe2 mutiara jernih mama mengalir tanpa diundang walaupun cuba mama control..tibe2 kata2 dari hatiku menjentik diri ku dari terus menghayati cerita anakku ini..bukan tak nak selami perasaannya tapi bimbang hati ini kalah melawan perasaan sayu dihati ini...dan bimbang respond ku ini memberi makna yg berbeza pada anakku ini..lalu hati ku berkata "wahai insan bergelar mama,janganla kamu menunjukkan airmata mu itu jatuh di hadapan anak syurga mu ini tika mana dia sedang berkongsi tentang dirinya bersama kamu..kerna dia belum mengerti apakah maknanya airmata mu itu...adakah airmata gembira?airmata sedih?kesal @ kecewa?dia belum ngerti...sokongla dia...bantu lah dia agar dia terus membesar seperti anak2 normal yg lain kerna dia juga berhak mendapatkannya..dan tak menyesali akan nasibnya dan bangga dengan kelainan yg ada pada dirinya...insyaAllah,semoga dipermudahkan segala urusan anak mama ini...
**1 lagi,mama bangga dgn danial...dia tak pernah malu untuk memakai alat pendengaran (CI) dia walaupun berhadapan dengan saudara mara dan keadaan sekeliling yg dipenuhi dgn insan2 normal lain...malah mama nampak usaha dia untuk cuba masuk dlm kelompok anak2 normal lain...
No comments:
Post a Comment