01 September 2014
GATHERING RAYA PERSATUAN HEAR ME 2014
Aktiviti terbaru persatuan HEAR ME ialah GATHERING RAYA HEAR ME 2014... haaa semua orang sibuk raya,kami pun nak raya jugak...bergather2 kita...Alhamdulillah...gathering raya persatuan HEAR ME berjalan lancar seperti yang dirancang secara online dan berakhir dgn jayanya.. besttt dpt jmpe parent sekasut...sblm ni sembang dlm Wasap Dan telegram je...bila dpt jmpe..seronok Dan bersemangat....yg best ibu2 ni ..1st time jmpe dh mesra..seronok la katakan...masing2 memahami Dan saling memberi support each other..
Terima kasih pd ibubapa Dan anak2 semua yg berjaya hadirkan diri beserta menu2 sedap...comey2 Dan hensem2 semua....mknan Dan minuman pun sedap2....brape kg naik ni?...hahaha
Sedikit sukaneka ringkas utk anak2...seronok tgk anak2 semua hepi...bersemangat masing2 nk berlumba game... Goodies bag dan duit raya utk semua anak2....anak2 hearing juga gembira bersukan Dan berkumpul sama2...alhamdulillah...
Semoga kita berpeluang lagi bertemu..berkumpul..berkongsi Serta mengeratkan ukhwah kita agar kita ibubapa anak HEAR ME terus bangkit...
sedikit maklumat gathering raya HEAR ME 2014..
TARIKH :9 OGOS 2014 (SABTU)
LOKASI : TAMAN TASIK EMPANGAN,PUTRAJAYA
JAM : 3.30 PETANG
MENU : POTLUCK PARENTS/SEDEKAH
AKTIVITI : RAIKAN KEMERIAHAN AIDILFITRI PARENTS SEKASUT..SUKANEKA ANAK2..SUMBANGAN DUIT RAYA..DLL
OBJEKTIF : merapatkan lagi ikatan ukhwah sesama ibu2...bapa2...dan anak2 HEARING LOSS HEAR ME dalam sosial anak2 normal.
HARAPAN : Mendapatkan sokongan yg berterusan mampu membantu anak2 hearing loss bertutur dan berkomunikasi dgn masyarakat dan keluarga...malah sokongan masyarakat juga dapat memainkan peranan yg besar agar ibubapa tidak merasa mereka keseorangan dan sentiasa bermotivasi tinggi.Tanpa kita sedari anak2 ini juga boleh menjalani kehidupan yg normal jika diberi sokongan dan pendedahan. Justeru itu anak2 hearing loss ini akan merasai perbezaan yg ada pd mereka bukanlah sesuatu yg digeruni serta pelik.
AYUH!!!!! KITA BANGKIT BERSAMA HEAR ME DEMI ANAK2 HEARING LOSS ANDA...
17 July 2014
Kukuhkan lagi progress
21 June 2014
TRIP KE ZOO NEGARA LAGI...
Assalamualaikum semua....Kali ni Nk share pasal trip ke zoo negara...kali ke 3 bw anak2 melawat zoo....hajat dihati Nk gi tengok PANDA..hikhik
Tapi tak dpt pun...huhu....harga tiket zoo dh naik...rm30 dewasa...rm10 kanakna byk2r umur 3 thn ke atas...utk OKU pula alhamdulillah masih dpt haknya FREE..
Lawatan Kali ni mama amin kesempatan utk danial berjalan sambil belajar...rugi rasanya kalau sia2 kan ilmu...bukan apa kalau kits dedahkan dgn dunia binatang secara real lebih cepat anak hearing belajar...dia dpt melihat rupa binatang itu secara live..saiz binatang...kehidupan binatang yg sebenar Dan mcm2 lagi...kalau boleh Nk buat zoo kat umah...hihihi...ari2 leh terokai alam haiwan...
Sempat juga mama try test IQ danial ketika KaMi masuk ke kawasan ANIMAL KIDS WORLD...kwsan kecik je...mudah nk belajar...xpayah pegi jauh...senang nk pantau kan ....hihi...
Pokok pangkalnye..semuanya terpulang pd diri kita sebagai ibubapa...sama ada Nk amik kesempatan atau tidak dlm setiap aktiviti kita...pada mama,penglibatan anak suatu yg seronok Dan pembelajaran yg menarik...yg penting kna byk2 sabaaaarrr....
Ujian hebat utk mereka yg hebat...so nk jd antara mereka yg hebat?? Sabar Dan usaha la mengatasi setiap ujian...
HEAR LIKE A DREAM..LISTEN AND TALK..HEAR ME NOW...by afiq danial bionic ear.....
BeNgKeL PaReNT hEaRiNg gROup WaSaP 2014
Syukur alhamdulillah akhirnya bengkel parents anak hearing group Wasap berjalan lancar seperti yg dirangkakan...dengan kerjasama ajk2 yg hebat dan sporting...kerjasama terbaik...
Bengkel sulong anjuran mama dan kawan2 sekasut telah berlangsung dgn lancar sekali...terharu sgt2...tak caya pun ada yg parents blh jayakan bengkel sendiri...
Serba sedikit tentang bengkel sulong KaMi...bengkel ini bertajuk " IBUBAPA PEMANGKIN BAHASA ANAK"..bertempat di PERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR @ dataran Merdeka...tarikh keramatnya ialah 31 mei 2014 (sabtu)..
Bengkel sulong kami memfokuskan kpd cara2 ibubapa mengajar anak hearing di rumah Dan bagaimana melibatkan anak2 dlm rutin harian dlm mencapai target pertuturan anak hearing...pendek kata kami memberi teknik HANDS ON....
Bengkel kami dipecahkan kpd dua bahagian iaitu parents/ibubapa yg ditaklimatkan oleh speaker terbaik dr kalangan parent sendiri iaitu Pn Norziba ....beliau juga merupakan salah seorang AJK KaMi...beliau mempunyai seorang anak hearing yg berjaya bertutur dgn Sgt baik..sangat berterima kasih kepada beliau kerana sanggup turun dr Kuantan demi berkongsi pengalaman dan teknik..Turut dibantu oleh mama (mama afiq danial) merangkap pembantu speaker... Mama juga antara AJK group bengkel ini ...hihihi...lain2 AJK yg terdiri drpd parent group yg mempunyai anak implan ialah Pn Fazlin...Pn Farah dan Pn Ayue....KaMi merupakan gandingan terbaik... Sgt2 puas hati Dan bersyukur di temukan dgn mereka dlm group...
Bahagian kedua pula ialah anak2 yg terdiri drpd anak2 hearing loss sama Ada yg memakai HA dan CI...aktiviti bhgn anak2 kami menjemput speech therapies dan students dr HUKM...kami Sgt hargai dpt bekerjasama dgn pihak therapies dan students yg berada dlm bidang pertuturan ini ....
Turut berterima kasih kpd semua sponsor2 yg sudi menghulurkan bantuan dgn ikhlas tanpa merumitkan perjalanan bengkel anjursn ibubapa ini....Antara yg menghulurkan sponsor ialah sponsor tempat bengkel kami yg strategic dgn kemudahan yg cukup lengkap..sponsor T-Shirt anak hearing yg cantik..sponsor makanan Dan minuman pagi Dan tghari yg super duper Sedap Dan kemas...sponsor material buku nota Dan material2 berkaitan...sponsor gift dan tambahan2 bacaan utk goodies bag....
Turut berterima kasih kepada semua parent yg hadir menjayakan bengkel sulong kami...takde mereka tak lengkap lah perjalanan bengkel kami....nnti org ckp bengkel syok sendiri plk kan...hahaha.....terima kasih kakak2..adik2.. abg2 dan anak2 hearing Serta anak2 normal semua...love uolls laaa...aci tak....hihihi...ermmm Nk tulis gak nama parents yg hadir boleh tak??? Mereka terdiri drpd Pn Norziba tufayl dan keluarga..Pn za danial dan keluarga...Pn rozi irfan dan keluarga..Pn faoziah azim Dan keluarga...Pn Huda asma Dan keluarga..Pn mai airil Dan keluarga..Pn Hana ziyad Dan keluarga..Pn AMira firzanah Dan keluarga...Pn Farah Rayyan Dan keluarga...Pn Fazlin Damia Dan keluarga...Pn Ayue ainur Dan keluarga..Pn Bina farzan Dan keluarga...Pn Sarah taqiuddin Dan keluarga.. ( nama IBU Dan anak hearing)..
Moga kita dapat bekerjasama lagi akan Datang demi membantu proses perjalanan pertuturan Dan bahasa anak hearing kita....bangkitlah Dan terus bangkit dlm perjuangan kita bersama... Ujian hebat utk mereka yg hebat...Dan kita lah yg hebat itu....insyaAllah
27 April 2014
Gathering group whatapps anak hearing @ taman empangan,putrajaya
seronok sangat tengok anak2 hearing kami belajar bersoaial...ada yg malu2 pada mula-mulanya...tapi alhamdulillah mereka mudah suaikan diri...
adik-beradik yg setia menemani...
keceriaan di wajah anak hearing kami...mereka juga ingin gembira..mereka juga ingin membesar dengan cara yg sama dengan anak normal...berilah mereka peluang melusuri kehidupan yg mencabar ini bersama2...
hadiah khas buat anak2...lepas game mesti ada hadiahkan...emm kumpalan siapa menang tadi???yeayyy semua menang...