27 April 2014

Gathering group whatapps anak hearing @ taman empangan,putrajaya

Assalamualaikum..alhamdulillah planning last minute kami berjaya juga akhirnya...gathering pertama group whatapps kami...tapi ini bukan semua ahli..hanya sebahagian parents yg berada berhampiran yg meliputi kawasan putrajaya..puchong..seri kembangan..bangi dan kajang..maklumla kan bukan cuti sekolah lagi...dan kami yg duduk dekat2 ni dah tak sabar...hehehhe

perjumpaan yg sgt2 berharga dengan ibubapa hebat dan anak2 luar biasa kami...pengenalan yg sgt hepi dan memberi makna...moga lepas ini kita dapat bergathering..berfamily day..berworkshop bersama lagi demi perjuangan anak2 hearing impaired kita lagi...lepas ni kita set time utk yg jauh ikut serta...insyaAllah...terima kasih kepada semua ibubapa dan anak2 yg dpt meluangkan masa bersama kerana anda lah gathering ini berjaya seperti dirancang dengan izin Allah SWT..maaf atas segala kekurangan jika ada...terima kasih sekali lagi...

untuk pengetahuan ahli group kami terdiri daripada semua negeri dalam malaysia..insyaAllah...sekarang jumlah terkumpul ahli group whatapps kami seramai 38 org yg terdiri daripada ibu2 anak hearing CI dan HA... harap boleh bertambah lagi ahlinya...limite ahli whatapps pun 50 org kan...masih ada ruang lagi...hihihi

Perjumpaan tak formal antara anak-anak hearing bersama parents yg telah berlangsung seperti maklumat di bawah..

Tarikh :20 april 2014          Hari : Ahad          Waktu : 10 am

Tempat : Taman Empangan,Putrajaya

Jemputan : Semua family group whatapps ibu2 anak hearing.

Tema : Picnic santai

Makan/Minum : Berkonsep sedekah..setiap ahli bawa makanan/minuman..

Aktiviti : Suai kenal..game anak2..

Tujuan : Merapatkan ukhwah sesama parents..berkongsi pengalaman..berkongsi rasa dan luahan hati..suka ria di samping memberi ruang untuk anak2 hearing belajar sosial.

Di bawah ni ada sebahagian gambar kenangan gathering kami..best tau..ibu2 suka..anak2 pun gembira..ayah2 pun tak disisihkan..sempat berkenalan sesama ayah2..tapi biasalah ibu2 peranan utama...walaupun ada yg 1st time bersua muka..tapi jelas kemesraan kami seperti sudah lama terjalin...sempat juga masing2 ceduk2 ilmu dari yg berpengalaman...

Dengan adanya group dan gathering seperti ini kami tau kami tidak keseorangan..kami di dalam kasut yg sama....hati kami berkongsi perasaan yg sama..arah tuju kami juga menuju ke arah yg sama..impian kami juga sama...kami bersyukur dan berbangga dengan anak2 hearing kami..anak hearing kami memberi seribu pembelajaran kepada kami..mereka memberi kekuatan dan semangat agar terus maju ke depan..mereka anugerah kami..mereka juga ujian yg amat bermakna buat kami...kami punya semangat utk berjuang demi anak hearing kami...doakan untuk kami...



seronok sangat tengok anak2 hearing kami belajar bersoaial...ada yg malu2 pada mula-mulanya...tapi alhamdulillah mereka mudah suaikan diri...

adik-beradik yg setia menemani...



 keceriaan di wajah anak hearing kami...mereka juga ingin gembira..mereka juga ingin membesar dengan cara yg sama dengan anak normal...berilah mereka peluang melusuri kehidupan yg mencabar ini bersama2...




hadiah khas buat anak2...lepas game mesti ada hadiahkan...emm kumpalan siapa menang tadi???yeayyy semua menang...







No comments:

Post a Comment