Assalamualaikum...Emmm lama sungguh mama tak update blog danial ni...bukan tak de cerita@perkembangan yang nak dikongsikan..tapi keadaan tak mengizinkan...
alhamdulillah,setiap hari mama nampak sedikit demi sedikat perkembangan danial..w/pun ianya berlaku secara tak formal tapi ianya tetap merupakan 1 pencapaian@kejayaan besar yg mama lihat pada danial..mama tak nafikan keadaan @ suasana dlm umah mama juga mempengaruhi minda danial dan memaksa otak danial bekerja secara tidak langsung...rasanya mama kena berterima kasih juga pada along danish,awish dan abah...secara tak langsung situasi dlm umah mama ni memang tak pernah lekang dari keadaan bising dari pagi sampai ke malam..pendek kata start je ahli keluarga celik mata dari tido sampai la smua ahli keluarga tutup mata(tido) di malam hari..begitu la setiap hari selagi diizinkan Maha Pencipta,Allah S.W.T...Kerana itu lah danial akan sentiasa mendengar ...mendengar dan terus mendengar selagi dia pakai alat bantuan pendengaran dia ( CI )..disebabkan aktiviti dan perkataan yg sama selalu dilakukan dan diperdengarkan sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung pada danial setiap hari..makanya danial akan cepat ingat@tangkap@faham dan sebut..Tambahan pula mama lihat danial memang tak takut untuk cuba menyebut sesuatu perkataan itu...kadang2 mama pun terkejut sebab mama dh tak fokus pada danial untuk sebut@ perkenalkan benda@apa2 perkataan secara konsisten...sebab mama lihat danial mudah untuk belajar sebut perkataan melalui apa yg dia lihat dan dengar..bila sebutan dia tak betol baru mama perbetolkan dan paksa dia untuk bercakap dan terus bercakap...pendek kata paksa dia cakap...dengar...cakap...dengar...cakap...
suadah 2 tahun 7 bulan umur pendengaran danial (danial pakai alat CI )...alhamdulillah,danial benar2 serasi dengan alat bantuan pendengarannya itu...malah mama nampak dia benar2 suka dan faham kepentingan alat CI tu padanya...dan syukur alhamdulillah selama dia pakai alat CI nya itu belum pernah lagi mama nampak yg dia malu @ merasa rendah diri bila bersama sepupu2nya@ berada di khalayak ramai...sangat bangga dengan danial...
NOTA: biasakan @ dedahkan anak dengan persekitaran yg memaksa untuknya MENDENGAR..MENDENGAR DAN MENDENGAR...sebab ianya menbantu anak ini untuk BERCAKAP
No comments:
Post a Comment