salam semua...kali ni mama nak share sikit ilmu...tahun lepas jadual buku sekolah afiq danial mama la yg susunkan hari2...sebab dok manjakan sangat la kononnya...pada hal buang masa namanya...sbb setahun bazirkan masa benda yg patut diajar tapi tak diajar...bukan apa..sebab tak penah nak fikir bab jadual ni..amik remeh la katakan...so bila dah masuk tahun 2 ni..baru terasa yg afiq danial ni dah besar..perlu tau susun jadual sendiri...soooo otomatik dan dan otak mama ni bekerja cari idea...fuh!anjat gegal tau...tibe2 dapat ilham buat macam ni...so nak share la ngan kawan2 sealiran..tambahan pula anak2 pendengaran ni susah nk sebut nama subjek pembelajaran dengan nama penuh kan...tapi jgn risau..kita ikhtiar cari jalan nak bagi mereka boleh buat macam anak2 normal kita yg lain..kasi adil la..biar pun lambat..yg penting usaha...
kan dalam jadual kelas anak2,isnin sampai jumaat..setiap subjek pembelajaran ditulis dengan singkatan subjek kan...cth: BM-Bahasa Melayu...SC-sains..AGM-agama...dan sebagainya... so mama tuliskan singkatan subjek yg digunakan dalam jadual tu dekat setiap kulit buku teks afiq danial belah atas...so mula2 ajar la nak tengok macam mana jadual tu...pastikan mula2 kena ajar anak tau hari..tau hari sekolah dan tau hari cuti sekolah...kalau tau lagi senang la nak bagi dia faham..step by step la katakan...lepas tu,mula2 ajar..pastu suruh dia buat pula..kalau boleh buat maknanya anak faham..kalau tak boleh lagi,teruskan ajar..pastu esok cuba suruh dia buat sendiri..kita just pantau je..bila betol anak susun..puji la dia...anak akan lebih yakin dan semangat bila dia dipuji...alhamdulillah,sekarang ni afiq danial dah pandai susun jadual buku ari2...so kurang dah kije mama dia kan...afiq danial dah amik alih..mama dia kena cari kije lain pulak...hehehe... :) hepi i..thank you Allah S.W.T dengan izin MU,kejayaan yg luarannya nampak kecil tapi sangat besar dan bermakna buat mama dan afiq danial..syukur.
No comments:
Post a Comment