09 February 2014
nTah La....
sampaikan tajuk entry pun mama tak tau nak bagi nama...isu yg mama nk tulis ni berkaitan dengan soal afiq danial lagi...dah blog dia kan...ermmm tapi tak tau nak karang ayat macam mana...sebab mama stress,kecewa,tak de mood,nak nangis pun ada,penat,dan macam2 lagi la...pendek kata semua emosi negatif ada kat diri sekarang....
emm bila fikirkan hala tuju afiq danial sehari ke sehari untuk menuju masa depannya...ntah la..kadang2 tu nak buat apa2 kije dalam fikiran ni afiq danial...afiq danial...bukan tak de anak lain yg nak difikirkan tapi ntah la yek...afiq danial juga yang muncul dalam fikiran mama...mungkin sebab afiq danial dah kian membesar kot...arus kehidupan yg makin mencabar...banyak benda perlu diajar...setiap masa dan detik perlu dikejar.. sampaikan mama tak de masa untuk diri sendiri...tu yg ada masa hangin sangat tu...kekadang terasa mcm nk gi jalan amik angin sorang2 je jauh2...arghhhh!!!!
pening kepala...mencari idea dan kreativiti utk mengajar afiq danial belajar subjek pembelajaran di sekolah..terutama subjek BM...sebab sesekali dia cakap "mama,ari jumaat danial nk cuti"...hohoho...sebelum ni dia bagi tau dia tak nak pergi sekolah...nak cuti banyak2.(cuti panjang la) ..tahun 2 yg mencabar buat afiq danial dan juga mama...
tak tau macam mana nak cakap..macam mana nak buat supaya dapat kerjasama yg betol dan baik dari guru2...dah jumpa pun ari tu..tapi mungkin sbb mama ni parents yg tak bekerja kot...macam tak berkesan je kan apa yg kita cakap...tapi cuba kalo mama ni parent yg bekerjaya dan jawatan profesional...ermmm...pada dasarnya apa yg mama harapkan tu tak mengubah sistem sekolah pun...just mohon kerjasama je...tak nak bertentang mata @ dengar suara mama pun tak pe...just tinggalkan nota je la...buku pun mama dah sediakan...ni tak de bg nota apa yg nak bawa..belajar topik mana..yg terima kesan afiq danial..yang rasa negatif afiq danial..so mama tak hairan la kalau afiq danial berbunyi tak nk sekolah..dan ari2 tertentu nak cuti...ada la tu yg tak kena..
nak mama faham keadaan cikgu2 dan juga sistem sekolah...tapi bagaimana pula mama as parent yg ada anak oku pendengaran pula?kena la faham juga...sama2 faham...kan lebih indah..anak oku ni pun ada hak untuk sekolah..ada hak untuk masuk sekolah perdana..ada hak untuk berjaya..ada hak untuk belajar seperti anak2 yg normal..
redha?terus terang mama cakap yg mama dah lama redha dengan kehadiran afiq danial macam nie...tak perlu la orang tu yang tak pernah alami dengan darah daging sendiri nak bercakap pasal redha dan juga tak perlulah orang tu nak motivasikan mama dengan bercakap pasal keadaan orang lain yg lebih teruk dugaan nya dari mama...mama faham sangat2 macam mana perasaan,emosi,keinginan,harapan,impian,kesusahan,permasalahan,corak kehidupan,usaha,keperitan, parents yang dianugerahkan anak oku ni...mama akui yg dugaan mama ni kecil jika nak dibandingkan dengan dugaan kawan2 mama yang dianugerahkan anak oku terlantar,cp,autisim,dan sebagainya...mama sedar Allah menguji mama sikit je daripada kawan2 lain yg besar ujiannya...tapi orang tu tak alami orang tu tak tau rasenya...so tak payah la orang tu nak cakap lebih seolah2 mama tak redha...awak tak rase awak boleh la pandai cakap seolah2 macam awak faham..tapi lepas tu,apa yg berubahnye?faham??awak nak saya je yang faham awak...tapi awak tak faham saya dan anak saya..
awak ni terlalu harapkan yg menggunung la pada afiq danial...biar la dia buat sampai tahap mana dia boleh je...anak macam ni tak boleh harapkan yg tinggi la..hohoho..salah ke?dosa ke?bila saya harapkan yg lebih setelah saya dan afiq danial berusaha???saya pun tak memaksa afiq danial pun..apa yg saya lakukan utk afiq,dia tak stress pun...tapi kalau dia tak tau itu yg buat dia stress dan tekanan...so saya dan afiq hanya berusaha dan Allah yg menentukan dan Allah yg mengizinkan tahap pencapaian dia..
emm cukup la...dah panjang sangat dah coretan tanpa nama mama nie...kang habis smua cerita kuar...hahaha...ni pun cerita campur2...tak fokus pada seorang je...faham2 je la...maaf kalau ada yang terguris @ terkena... just sekadar luahan dan nak kasi tau pada parents yg ada anak oku pendengaran yg implan @ HA agar bersedia dari segi mental dan fizikal...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment