16 July 2024

BUAT LATIHAN SELAGI BOLEH.

CATATAN DITULIS PADA 3 OGOS 2016

Coretan hari ni :
 
#AfiqDanialCochlear ada Koko dekat sekolah hari ni. Jadinya dia kena pergi sekolah pagi. Sementara kami menunggu van sekolah datang jemput, mama ajak praktis menyebut dalam ayat sebab nak point kat mana yang perlu latihan banyak2 lagi. Tak buat latihan nanti mama pun tak tau apa yang perlu dibaiki dan target apa yang sudah capai.




Kesimpulannya :
 
1) Afiq Danial suka skip huruf ..
Cth : kancil haiwan yang cerdik tapi dia baca, Kanci haiwan ya cedik. Baca laju pula tu.

2) Afiq Danial kena buat latihan bunyi yang melibatkan " ny" " ng".

3) Point to consonant "r". Lidah keras, tak reti buat getaran. Yang ni mama kena Google cari teknik macam mana. Kanggaru jadi kanggayu... Australia jadi Austalia ..

4) Bila bercakap / membaca, bibir atas dia tak sentuh bibir bawah. Jadi bila bercakap / membaca akan kedengaran bunyi words tu tak jelas dan tak bulat.



5) Menangis bila mama paksa ulang sebut banyak kali sampai betul. Dulu boleh la sebut tak sharp pun tak pe, asal faham tapi sekarang dah besar. Mana boleh sebut tak betul lagi. Silap mama juga la bagi muka sangat masa awal2 latihan, konon kecil lagi tak pe la tak betul pun. Sudahnya bila dah besar ni lagi la susah nak betulkan. Buat ayat dan karangan pun jadi banyak salah ejaan sebab awak eja ikut apa yang awak sebut. Markah pun banyaklah kena tolak nanti. Awak ni Afiq Danial bukan tak pandai ,awak anak yang pandai ,yang bijak tapi sebab benda2 macam ni lah orang tak nampak kemampuan awak nanti.

6) Last buat auditory memory. Start dari 4 item sampai 6 item. Kena polish lagi ni. Banyak kali dia minta ulang. Tak fokus ke apa ni? argghhhh !!
 
7) Van pun datang. Peluk cium anak mama dan wish " fokus, enjoy your day dan i love u ..."
 

No comments:

Post a Comment