16 July 2024

DANIAL DAN KAWAN2 PEKAK YANG MEMAKAI ALAT PENDENGARAN BUAT PERSEMBAHAN DALAM FAMILY DAY MAYBANK .

Cerita ini ditulis pada 22 September 2018.

Dalam sejarah perjalanan kehidupan anak cochlear implant bernama Wan Muhammad Afiq Danial, naik ke pentas dan berlakon dan menari di hadapan khalayak ramai yang tidak dikenali tanpa mendengar ..

Amazing ..Mama bangga dengan kamu Afiq Danial. Ketika berlakon dan menari ni , alat processor  CI Afiq Danial tak dengar .. Problem peluh yang heavy..



Tapi dia sempoi dan berani ..Tetap teruskan melakonkan watak "seorang ayah (watak Danial) yang bawa anaknya berjumpa dengan doktor/audiologist (watak Tufayl) untuk mengetahui result ujian pendengaran anaknya. Turut menceritakan tentang kerisauan ibubapa tentang masa depan anaknya, kehidupan anaknya dan keterbatasan hidup anaknya .. Namun dengan alat pendengaran seperti Cochlear implant/Hearing aid dan bone conductor, anak pekak sekarang mampu untuk menjalani kehidupan seperti anak2 normal lain. Mereka boleh mendengar muzik malah main muzik pun boleh (watak Rhianna main piano). Bukan itu saja,malah mereka boleh ke sekolah, berkawan dan mendengar ( watak murid sekolah: Asma, Damia dan Azim berbual. Irfan (membaca doa belajar), Farzan (membaca buku cerita),Rania anak tipikal sebagai model untuk memberitahu anak2 hearing ini boleh ke sekolah normal dan boleh bersosial dengan anak2 tipikal yang lain. 



Kesemua murid2 turut menyanyi dan watak cikgu pula ialah Izzat. Namun kerisauan si ayah tetap ada lalu bertanya bolehkah anak2 ini bergerak aktif apabila memakai alat pendengaran ( Ci/Ha/Bone).. Doktor (Tufayl) menjelaskan bahawa anak2 ini juga boleh bergerak aktif seperti anak2 normal lain malah boleh bersukan dan beriadah seperti berteakwondo ( watak Haaziqah yang sebetulnya memang join teak wondo ) dan boleh berenang ( watak Ainur dan Naurah yang happy go lucky berenang di udara ). Namun anak2 ini perlulah mendapatkan intenvensi awal dan berterusan di hospital, melakukan latihan di rumah dan sokongan dari semua pihak , jelas doktor ( watak Tufayl).


Seperti di alam realiti, apabila melihat kemampuan yang boleh anak2 ini perolehi , si ayah akan merasa lega dan semangat untuk membantu anak hearing semaksimum mungkin .. tamat ..

Sekian cerita drama Afiq Danial bersama kawan2 pekaknya..

Namun apa yang membuatkan mama kagum ialah semangat Afiq Danial. Dia seorang yang kental, yang suka mencuba dan mencabar kemampuan diri dia. Dia juga yang banyak mengajar diri mama tentang tingginya nilai perjuangan.

TERIMA KASIH mAYBANK DEPARTMENT IT YANG MEMILIH PERSATUAN HEAR ME SEBAGAI CSR MEREKA DAN MEMBERI PELUANG UNTUK ANAK2 HEAR ME INI NAIK KE ATAS PENTAS THEATER HEHEHE.. MEREKA MELAKONKAN WATAK YANG SANGAT DEKAT DENGAN DIRI MEREKA..

No comments:

Post a Comment