15 November 2009

Birthday Afiq Danial

Sabtu , 14 November 2009,
Ada majlis sesama ahli keluarga sempena Birthday Danial yang ke 3. Lewat juga buat ni sebab birthday Danial ialah pada 3hb Nov. Oleh kerana neneknya datang pada minggu ini, kami plan untuk buat pada hari tersebut.

Saya tak jemput kawan-kawan kerana ini majlis kecil-kecilan sesama keluarga sahaja. Harap semua kawan-kawan memahami, tambahan dengan situasi sekarang.

Menu hari tu ialah mee sup dan meehon sup. Mee sup adalah kegemaran Afiq Danial. Bila melihat dia makan dengan begitu berselera terasa sejuk hati saya. Dia dapat hadiah kereta mainan hari ini tapi seperti biasa tak sampai satu hari dah tercabut tayar kereta mainan itu. Dia begitu gembira berlari-lari di dalam rumah dan bermain-main dengan kereta mainan barunya.
Perkataan yang keluar dari mulutnya ialah "Ma ma ma" dan " aba ba ba ba" sering kali bersilih ganti. Hanya beberapa perkataan itu sahaja yang mampu diucapkan oleh beliau.
Saya yakin apabila selesai pembedahan koklear implan Afiq Danial nanti , beliau akan cepat belajar bertutur. Saya yakin kerana dalam seharian hidupnya , beliau cepat belajar dari perbuatan orang lain terutamanya abangnya Danish. Apa sahaja yang dibuat oleh Danish akan ditiru oleh beliau.
Saya harap beliau akan dapat segera membuat pembedahan tersebut, semakin lama di tangguhkan semakin merosot peluang beliau dapat mendengar seperti kanak-kanak lain.
Kos RM 77 K akan saya cari walaupun terpaksa tebalkan muka, harapan supaya Allah akan membuka pintu hati sesiapa sahaja untuk memberi sumbangan ikhlas walaupun sedikit.
Untuk sesiapa yang ingin memberikan sumbagan derma boleh la melihat maklumat disebelah kanan blog ini. Sumbangan boleh diberi dalam bentuk tunai, cek , paypal dan juga kad kredit .


No comments:

Post a Comment