06 November 2009

Kisah Afiq Danial - 1

Wan Muhammad Afiq Danial nama anak kedua saya . Genap 3/11/2009, cukuplah umur Danial yang masuk ke tahun yang ke -3 . Saya cukup gembira kerana dalam masa yang begitu pantas berjalan , saya dapat melihat danial membesar seperti anak-anak yang lain.

Namun disebalik kegembiraan itu, terdetik rasa simpati kepada anak kecil ini yang masih belum mengenali dunia dengan lebih luas lagi. Anak kecil ni mempunyai kekurangan walaupun pada zahirnya beliau nampak seperti anak-anak kecil yang lain . Bermain dengan alat permainannya seperti kereta mainan menjadi kegemarannya. Gelak tawa beliau sungguh mengusik hati saya .

Saya dan isteri sebagai orang bertanggungjawab membesarkan beliau bersama abangnya mengidamkan kehidupannya adalah normal dan membesar seperti anak-anak yang lain. Tetapi mampukah beliau menikmati kehidupan yang lebih baik dikemudian hari dengan keadaan beliau sekarang. Mampukah beliau pergi ke sekolah dan belajar bersama-sama anak-anak yang lain? Mampukah beliau lulus dengan cemerlang? Mampukah beliau mendapat pekerjaan yang bagus dikemudian hari ?

Persoalan demi persoalan bermain di fikiran saya sebagai bapa yang begitu menyayangi anak-anaknya. Mungkin pembaca sekalian terfikir apakah kekurangan Danial yang saya maksudkan? Mungkin tertanya-tanya kenapa begitu sekali saya meluahkannya di dalam tulisan ini.

Danial dilahirkan cukup bulan di Hospital Serdang dengan kelahiran normal pada 3 November 2006. Saya sendiri berada di dalam bilik bersalin menanti untuk menyambut kelahirannya dan bermakna , saya akan mempunyai permata yang kedua di dalam hidup saya.

Setahun berlalu, beliau membesar seperti kanak-kanak lain tetapi perkembangan dari segi pertuturan agak lambat berbanding abangnya, Danish yang agak cepat bertutur semasa umurnya sebaya dengan Danial. Saya dan isteri sudah merasai ada sesuatu yang tidak kena dan cuba untuk menyelidiki kenapa perkara itu berlaku.

Saya dan isteri membawa beliau ke klinik pakar kanak-kanak dan hasilnya Doktor diklinik tersebut mencadangkan supaya Danial di bawah ke Hospital dan berdasarkan surat rujukan yang diberikan , Danial di bawa ke Hospital UKM. Pemeriksan dan ujian telah dilakukan dan hasilnya amat mengejutkan kerana Danial menghadapi masalah pendengaran sejak dari kelahirannya dan menyebabkan mengalami kesukaran untuk melakukan pertuturan kerana beliau tidak dapat mendengar dengan bunyi dengan kadar yang biasa.

Pada waktu itu saya terasa terharu melihat isteri saya menangis kerana terkejut dengan hasil daripada ujian doktor. Sejak dari itu kami berulang alik dari hospital untuk mendapatkan rawatan lanjutan di Pusat Audiologi dan Pertuturan Hospital Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Pakar audio menyarankan beliau memakai hearing aid untuk membantu pendengaran tetapi ia tidak berapa memberi kesan kerana tahap pendengaran adalah berada dalam tahap yang serius. Danial hanya boleh mendengar pada kadar 120Db ke atas sahaja.

Dr menyarankan beliau hendaklah melakukan pembedahan koklear implan untuk membantu Danial memulihkan pendengaran beiau dan belajar bertutur untuk menjadi seperti kanak-kanak yang lain. Satu alat elektronik akan dimasukkan ke dalam telinganya untuk membolehkan bunyi dari luar dapat di terima seperti telinga kanak-kanak normal yang lain. Kos untuk melakukan pembedahan adalah di dalam lingkungan RM 77 000 .

Bagi saya yang kerja makan gaji, jumlah itu adalah jumlah yang besar dan tidak mampu dikumpul pada waktu yang singkat. Selepas ujian akhir iaitu MRI dan CT Scan , Danial sepatutnya di buat pembedahan sebelum umurnya 4 tahun dan paling elok ketika umur beliau 3 tahun. Pada 2 November 2009 lalu, Doktor telah mengeluarkan surat menyatakan Danial sudah boleh untuk membuat pembedahan koklear implan. Tarikh pembedahan akan ditetapkan sebaik saja duit sebanyak RM 77 000 berjaya dikumpul.

Bersambung....

4 comments:

  1. KAMI MENGUNKAPKAN SIMPATI ATAS APA YANG BERLAKU KE ATAS ADIK AFIQ.....DI DOAKAN SEMOGA CEPAT SEMBUH DAN DAPAT MENDENGAR DAN BERKATA-KATA SEPERTI ANAK-ANAK BIASA.....

    CUBA MOHON DARI PUSAT ZAKAT & MAJLIS AGAMA ISLAM ...INSYA'ALLAH MERREKA BOLEH BANTU MENGURANGKAN SEDIKIT...DAN BOLEH MINTA DARI AJK MASJID BUAT KUTIPAN DERMA KHAS UNTUK ADIQ AFIQ......

    SEMOGA BERJAYA

    IKHLAS DARI
    ABU MAWADDAH
    PUTRAJAYA

    ReplyDelete
  2. kawe pun tumpang simpati di atas dugaan yg demo sekuarga terima. kawe sendiri pun ada sore anak OKU, tapi kita anggap la ini sebagai satu dugaan dari Allah s.w.t untuk kita. yg penting, kita hendaklan selalu tabah mharungi dugaan ini. Kawe pun tak pasti apa bentuk bantuan yg blh kawe bui ko demo. kalu demo ada plan atau ideal, hubungi kawe di mabim75@yahoo.com - (presiden kelate.net0

    ReplyDelete
  3. Terima kasih En Marhashim Mat (Presiden Kelate.net) atas keperihatinan demo.
    Kawe pun kekadang buntu juga nak buat macam mana tapi melihat anak kawe , menyebabkan kawe bertekad untuk buat yang terbaik untuk anak kawe.
    Mungkin apa yang saudara boleh tolong.. kalau ada persatuan atau orang perseorangan yang demo kenal dan yang boleh membantu sedikit sebanyak..demo boleh tolong referkan..
    Kawe akan email ko demo kalau kawe ada idea dan plan.. tima kasih byk2

    ReplyDelete
  4. banag Faresh.. x sangka dapat jumpa blog abang kat sini, itu pun dengan bantuan Luna...
    kalaulah abg ingat saya lagik, x ingat pun xpe, saya simpati dengan apa yg berlaku dengan anak abg, kalau jadi kat saya, saya pun pasti akan jadi ibu tak tau malu buat apa saja, asalkan anak kita dapat membersar dgn sempurna seperti org lain.. Insya Allah, saya doakan semoga abg sekeluarga tabah hadapi ini semua dan saya harapkan pembedahan Afiq berjalan lancar.. dan insan - insan diluar sana pasti ramai yg nak bantu abg.. Insya Allah....

    ReplyDelete