19 November 2009
Implan Koklear
Dipetik dari Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama:
Masalah pendengaran boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Ia boleh berpunca daripada pelbagai faktor. Antara yang paling lazim adalah kongenital ( bayi dilahirkan dengan kecacatan ), jangkitan telinga tengah, meningitis, pendedahan kepada bunyi yang terlalu kuat dan faktor usia.
Sekiranya hanya telinga tengah yang terjejas, tetapi tidak teruk, penggunaan alat bantupendengaran untuk menguatkan bunyi sudah memadai. Bagaimanapun, jika kerosakan membabitkan keseluruhan telinga tengah atau berlaku kehilangan sel-sel rerambut di dalam koklea ( tetapi sarat auditori/saraf pendengaran masih berada dalam keadaan sempurna, implan koklea mungkin berupaya mengembalikan semula sebahagian daripada pendengaran.
Hari ini, para pengguna alat prostetik itu mampu berkomunikasi secara normal tanpa perlu membaca pergerakan bibir atau menggunakan bahasa isyarat lagi. Malah, sesetengahnya boleh bercakap menggunakan telefon. ” Implan koklear atau telinga bionik, tidak mengembalikan pendengaran seperti manusia normal. Kebanyakan pesakit menggambarkannya sebagai bunyi yang mekanikal. ”Bagaimanapun, bersama masa dan amalan yang berterusan, otak akan melakukan penyesuaian terhadap bunyi-bunyi baru dan isyarat pertuturan.
Bunyi-bunyian alam akan mula kedengaran lebih semula jadi, ”kata Ketua Pakar Audiologi, Pusat Perubatan Sunway, Mazwin Omar.Sejak mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) pada awal tahun 1980-an, sebanyak lebih 60,000 pemasangan implan koklear dilakukan diseluruh dunia. Sebahagian besar darinya terdiri daripada kanak-kanak yang pekak sejak dilahirkan, seawal usia 12 bulan dan paling tua berusia 93 tahun. Implan koklear juga berjaya dilakukan ke atas pesakit yang mempunyai masalah perubatan lain seperti cerebral palsi, diabetes, tekanan darah tinggi, tinitus, ketidakupayaan pembelajaran dan sebagainya.Telinga terdiri daripada tiga bahagian iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam.
Ketiga-tiganya saling berkerjasama di antara satu sama lain untuk menghantar bunyi ke otak. Telinga luar akan mengambil bunyi-bunyian yang kemudiannya dihantardalam bentuk gelombang melalui kanal/terowong telinga, ke gegendang telinga. Gelombang bunyi ini akan menyebabkan gegendang telinga bergetar, seterusnya menyebabkan sel-sel rerambut halus di dalam koklea bergerak. Sel-sel rerambut ini akan menyerap pergerakan dan mengubahnya ke dalam bentuk impuls elektrik, dihantar ke serat-serat saraf pendengaran dan otak dan menghasilkan bunyi.Menurut Mazwin, implan koklear merupakan alternatif kepada alat bantuan pendengaran konvensional yang berfunfsi meningkatkan tahap pendengaran dengan meransang saraf-saraf telinga dalam, secara elektrikal. Bayi, kanak-kanak serta orang dewasa yang mengalami masalah pendengaran teruk hinggalah ke sangat teruk di kedua-dua belah telinga, boleh mendapat manafaat darinya.
Calon paling ideal adalah kanak-kanak mahu pun orang dewasa yang baru mengalami hilang pendengaran, dalam jangka masa yang singkat. Bayi yang dilahirkan dengan masalah ini disaran melakukan implankoklear seawal mungkin, sebelum proses pembelajaran bahasa bermula pada usia dua atau tiga tahun.Untuk mengetahui sama ada bayi yang baru dilahirkan mengalami masalah pendengaran atau tidak, ibu bapa atau penjaga boleh melakukan program imbasan pendengaran di hospital-hospital yang menawarkan perkhidmatan itu.Implan koklear terbahagi kepada dua iaitu bahagian dalaman yang dikenali sebagai implan koklear itu sendiri dan bahagian luaran, pemproses pertuturan yang dicangkuk pada cuping telinga.
Pemproses pertuturan dilengkapi dengan mikrifon kecil yang mengambil bunyi,, menukarkanya ke dalam bentuk isyarat dan menghantarnya ke alat pemancar. Alat pemancar itu seterusnya akan menghantar isyarat-isyarat berkenaan melalui kulit ke implan dalaman. Implan dalaman kemudiannya akan menukar isyarat-isyarat berkod kepada tenaga elektrik dan menghantarnya ke elektrod.Keadaan ini akan meransang serat-serat saraf di dalam koklea dan isyarat tersebut akan dikenal pasti oleh otak sebagai bunyi. Pembedahan implan koklear mengambil masa di antara dua hungga tiga jam dalam keadaan bius sepenuhnya.
Pakar bedah akan memotong kulit di belakang telinga, mengangkat kulit dan tisu itu dengan berhati-hati.Satu lubang akan dibuat pada tengkorak dengan menggerudi bahagian tersebut bagi menempatkan komponen implan dalaman.Satu lubang lain akan ditebuk dan sampai kepada koklea untuk memasukkan elektrod.Setelah selesai, bukaan kulit akan ditutup dan kepala pesakit akan dibalut. Lazimnya pesakit akan ditahan diwad selama dua atau tiga hari sebelum dibenarkan pulang. Selepas tiga atau empat minggu dibedah, pesakit kini telah bersedia disambungkan ke komponen luaran untuk diaktifkan.Pemproses pertuturan akan diprogramkan dengan sejumlah program penghantaran bunyi individu yang dipanggil sebagai MAPs.
Proses pemetaan ini bertujuan menyesuaikan alat berkenaan dengan tahap pendengaran terbaik seseorang dalam persekitaran bunyi yang berbeza. Sejauh mana keupayaan seseorang untuk mendengar bergantung kepada gabungan faktor-faktor seperti faktor fizikal atau jangka masa seseorang itu mengalami masalah pendengaran atau pekak.Belajar untuk mendengar dan bercakap semula atau buat pertama kali merupakan satu proses yang berterusan. Bagi seseorang yang sudah lama tidak dapat mendengar atau kanak-kanak yang tidak pernah mendengar, ia akan mengambil masa bagi otak membiasakan diri dengan ransangan daripada implan. Ini sudah tentu melibatkan program pemulihan semula atau pemulihan bagi yang tidak pernah mengenal bunyi.
Bukan semua kanak-kanak yang mengalami kecacatan pendengaran boleh menerima implan koklear. Implan koklear hanya sesuai bagi masalah hilang pendengaran yang berpunca daripada masalah di dalam koklea seperti kerosakan sel-sel rerambut. Yang penting, saraf-saraf pendengaran tidak rosak bagi memastikan implan dapat berfungsi. Kelayakan hanya boleh ditentukan selepas penilaian menyeluruh oleh pasukan implandari pelbagai bidang. Pasukan implan yang dimaksudkan termasuklah pakar bedah telinga, hidung dan tekak, pakar terapi pertuturan dan bahasa serta pakar audiologi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aslkum,
ReplyDeleteSaya ingin mnjemput Afiq Danial sekeluarga ke Mesy Agung SEMESTA untuk kita lancarkan Tabung Afiq Danial dan mengajak warga alumni SMS Faris Petra sama2 membantu. Maklumat di FB.
Dr Nordin
Terima kasih Dr Nordin..
ReplyDeleteKami sekeluarga akan datang, InyaAllah, Terima kasih di atas keperihatinan warga Alumni SMS Faris Petra...