30 November 2009

Kisah Pembedahan Cohlear Implant From Toronto

Kisah Pembedahan Cochlear dari Toronto:












Maklumat terkini...

Alhamdulillah setakat ini jumlah sumbangan yang diterima sebanyak RM1,065 . Terima kasih kepada semua yang membuat sumbangan ikhlas. Semoga Allah membalas budi dan jasa anda semua.

Saya ada membuat permohonan dengan Tabung Kebajikan HUKM, proses permohonan kemungkinan mengambil masa paling awal 3 bulan. Semoga jumlah yang diluluskan untuk membiayai pembedahan Danial menghampiri jumah 77,000 yang diperlukan. Kalau tidak dapat penuh pun 3/4 daripada 77,000 tu dah kira Alhamdulillah.

Sumbangan dari anda semua sedikit sebanyak meringankan beban yang saya tanggung untuk mencari sejumlah wang bagi membiayai pembedahan Afiq Danial. Saya ucapkan terima kasih sekali lagi.

25 November 2009

Hari ni Danial di Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM

25 Nov 2009, HUKM.
Hari ni pada pukul 11.00 pagi adalah temujanji di Pusat Perkembangan Kanak-kanak HUKM, Di samping itu , ada keputusan darah yang diambil pada masa temujanji sebelumnya, Dr yang memeriksa keputusan darah tersebut dan didapati kepekatan darah Danial agak kurang dan disyaki ada Talasimia tetapi belum confirm lagi. So tadi Dr suruh ambil darah kali kedua tadi. Harap-harap tidak la kerana mengikut pembacaan, tiada pula simptom penyakit tersebut yang dialami Danial..

Seperti temujanji sebelum ni , danial agak susah memberi kerjasama kerana mungkin beliau tahu ambil darah ni sakit. Mengikut mamanya tadi 4 orang diperlukan untuk memegang beliau untuk membolehkan beliau diambil darahnya..

Kesian juga kepada Danial tapi dah terpaksa ambil darah.. Kesian juga kat mamanya kerana selepas proses mengambil darah tu, danial asyik nak dukung.. mama dia pulak sedang mengandung 5 bulan lebih..

Saya tak pergi menemani mama dan danial tadi, tadi mak saudara mama dia yang tolong hantarkan.. Kebetulan ada meeting yang tak dapat dielakkan.

22 November 2009

Terima kasih Alumni Semesta (SMS Tengku Muhammad Faris Petra)

Saya yang juga bekas pelajar SMS Tengku Muhammad Faris Petra dengan rasa syukur ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pelancaran tabung Afiq Danial yang baru sahaja dilakukan pada hari ini sempena mesyuarat agung tahunan Alumni yang ke-13 yang bertempat di Fakulti Sains dan Matematik (Dewan Al_Ghazali) di UITM, Shah Alam .

Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih sekali lagi atas sumbangan dan keperihatinan anda semua.

19 November 2009

Implan Koklear


Dipetik dari Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama:

Masalah pendengaran boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Ia boleh berpunca daripada pelbagai faktor. Antara yang paling lazim adalah kongenital ( bayi dilahirkan dengan kecacatan ), jangkitan telinga tengah, meningitis, pendedahan kepada bunyi yang terlalu kuat dan faktor usia.

Sekiranya hanya telinga tengah yang terjejas, tetapi tidak teruk, penggunaan alat bantupendengaran untuk menguatkan bunyi sudah memadai. Bagaimanapun, jika kerosakan membabitkan keseluruhan telinga tengah atau berlaku kehilangan sel-sel rerambut di dalam koklea ( tetapi sarat auditori/saraf pendengaran masih berada dalam keadaan sempurna, implan koklea mungkin berupaya mengembalikan semula sebahagian daripada pendengaran.

Hari ini, para pengguna alat prostetik itu mampu berkomunikasi secara normal tanpa perlu membaca pergerakan bibir atau menggunakan bahasa isyarat lagi. Malah, sesetengahnya boleh bercakap menggunakan telefon. ” Implan koklear atau telinga bionik, tidak mengembalikan pendengaran seperti manusia normal. Kebanyakan pesakit menggambarkannya sebagai bunyi yang mekanikal. ”Bagaimanapun, bersama masa dan amalan yang berterusan, otak akan melakukan penyesuaian terhadap bunyi-bunyi baru dan isyarat pertuturan.

Bunyi-bunyian alam akan mula kedengaran lebih semula jadi, ”kata Ketua Pakar Audiologi, Pusat Perubatan Sunway, Mazwin Omar.Sejak mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) pada awal tahun 1980-an, sebanyak lebih 60,000 pemasangan implan koklear dilakukan diseluruh dunia. Sebahagian besar darinya terdiri daripada kanak-kanak yang pekak sejak dilahirkan, seawal usia 12 bulan dan paling tua berusia 93 tahun. Implan koklear juga berjaya dilakukan ke atas pesakit yang mempunyai masalah perubatan lain seperti cerebral palsi, diabetes, tekanan darah tinggi, tinitus, ketidakupayaan pembelajaran dan sebagainya.Telinga terdiri daripada tiga bahagian iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam.

Ketiga-tiganya saling berkerjasama di antara satu sama lain untuk menghantar bunyi ke otak. Telinga luar akan mengambil bunyi-bunyian yang kemudiannya dihantardalam bentuk gelombang melalui kanal/terowong telinga, ke gegendang telinga. Gelombang bunyi ini akan menyebabkan gegendang telinga bergetar, seterusnya menyebabkan sel-sel rerambut halus di dalam koklea bergerak. Sel-sel rerambut ini akan menyerap pergerakan dan mengubahnya ke dalam bentuk impuls elektrik, dihantar ke serat-serat saraf pendengaran dan otak dan menghasilkan bunyi.Menurut Mazwin, implan koklear merupakan alternatif kepada alat bantuan pendengaran konvensional yang berfunfsi meningkatkan tahap pendengaran dengan meransang saraf-saraf telinga dalam, secara elektrikal. Bayi, kanak-kanak serta orang dewasa yang mengalami masalah pendengaran teruk hinggalah ke sangat teruk di kedua-dua belah telinga, boleh mendapat manafaat darinya.

Calon paling ideal adalah kanak-kanak mahu pun orang dewasa yang baru mengalami hilang pendengaran, dalam jangka masa yang singkat. Bayi yang dilahirkan dengan masalah ini disaran melakukan implankoklear seawal mungkin, sebelum proses pembelajaran bahasa bermula pada usia dua atau tiga tahun.Untuk mengetahui sama ada bayi yang baru dilahirkan mengalami masalah pendengaran atau tidak, ibu bapa atau penjaga boleh melakukan program imbasan pendengaran di hospital-hospital yang menawarkan perkhidmatan itu.Implan koklear terbahagi kepada dua iaitu bahagian dalaman yang dikenali sebagai implan koklear itu sendiri dan bahagian luaran, pemproses pertuturan yang dicangkuk pada cuping telinga.

Pemproses pertuturan dilengkapi dengan mikrifon kecil yang mengambil bunyi,, menukarkanya ke dalam bentuk isyarat dan menghantarnya ke alat pemancar. Alat pemancar itu seterusnya akan menghantar isyarat-isyarat berkenaan melalui kulit ke implan dalaman. Implan dalaman kemudiannya akan menukar isyarat-isyarat berkod kepada tenaga elektrik dan menghantarnya ke elektrod.Keadaan ini akan meransang serat-serat saraf di dalam koklea dan isyarat tersebut akan dikenal pasti oleh otak sebagai bunyi. Pembedahan implan koklear mengambil masa di antara dua hungga tiga jam dalam keadaan bius sepenuhnya.

Pakar bedah akan memotong kulit di belakang telinga, mengangkat kulit dan tisu itu dengan berhati-hati.Satu lubang akan dibuat pada tengkorak dengan menggerudi bahagian tersebut bagi menempatkan komponen implan dalaman.Satu lubang lain akan ditebuk dan sampai kepada koklea untuk memasukkan elektrod.Setelah selesai, bukaan kulit akan ditutup dan kepala pesakit akan dibalut. Lazimnya pesakit akan ditahan diwad selama dua atau tiga hari sebelum dibenarkan pulang. Selepas tiga atau empat minggu dibedah, pesakit kini telah bersedia disambungkan ke komponen luaran untuk diaktifkan.Pemproses pertuturan akan diprogramkan dengan sejumlah program penghantaran bunyi individu yang dipanggil sebagai MAPs.

Proses pemetaan ini bertujuan menyesuaikan alat berkenaan dengan tahap pendengaran terbaik seseorang dalam persekitaran bunyi yang berbeza. Sejauh mana keupayaan seseorang untuk mendengar bergantung kepada gabungan faktor-faktor seperti faktor fizikal atau jangka masa seseorang itu mengalami masalah pendengaran atau pekak.Belajar untuk mendengar dan bercakap semula atau buat pertama kali merupakan satu proses yang berterusan. Bagi seseorang yang sudah lama tidak dapat mendengar atau kanak-kanak yang tidak pernah mendengar, ia akan mengambil masa bagi otak membiasakan diri dengan ransangan daripada implan. Ini sudah tentu melibatkan program pemulihan semula atau pemulihan bagi yang tidak pernah mengenal bunyi.

Bukan semua kanak-kanak yang mengalami kecacatan pendengaran boleh menerima implan koklear. Implan koklear hanya sesuai bagi masalah hilang pendengaran yang berpunca daripada masalah di dalam koklea seperti kerosakan sel-sel rerambut. Yang penting, saraf-saraf pendengaran tidak rosak bagi memastikan implan dapat berfungsi. Kelayakan hanya boleh ditentukan selepas penilaian menyeluruh oleh pasukan implandari pelbagai bidang. Pasukan implan yang dimaksudkan termasuklah pakar bedah telinga, hidung dan tekak, pakar terapi pertuturan dan bahasa serta pakar audiologi.

16 November 2009

Afiq Danial Bersama Abangnya Danish



Afiq Danial bersama abangnya Danish yang berusia 4 tahun 7 bulan. Walaupun umurnya berbeza setahun lebih. Perkembangan agak berbeza ..mungkin disebabkan limitation Afiq Danial. Abangnya Danish memang petah berkata-kata dan kekadang kesian melihat macam mana dua orang ini communicate. Harap-harap selepas pembedahan ini , Afiq Danial akan cepat belajar . Melihat dari segi tingkah laku , beliau memang cepat belajar, apa sahaja yang dibuat oleh Danish akan ditirunya.. Mudah-mudahan.. InsyaAllah..

15 November 2009

Birthday Afiq Danial

Sabtu , 14 November 2009,
Ada majlis sesama ahli keluarga sempena Birthday Danial yang ke 3. Lewat juga buat ni sebab birthday Danial ialah pada 3hb Nov. Oleh kerana neneknya datang pada minggu ini, kami plan untuk buat pada hari tersebut.

Saya tak jemput kawan-kawan kerana ini majlis kecil-kecilan sesama keluarga sahaja. Harap semua kawan-kawan memahami, tambahan dengan situasi sekarang.

Menu hari tu ialah mee sup dan meehon sup. Mee sup adalah kegemaran Afiq Danial. Bila melihat dia makan dengan begitu berselera terasa sejuk hati saya. Dia dapat hadiah kereta mainan hari ini tapi seperti biasa tak sampai satu hari dah tercabut tayar kereta mainan itu. Dia begitu gembira berlari-lari di dalam rumah dan bermain-main dengan kereta mainan barunya.
Perkataan yang keluar dari mulutnya ialah "Ma ma ma" dan " aba ba ba ba" sering kali bersilih ganti. Hanya beberapa perkataan itu sahaja yang mampu diucapkan oleh beliau.
Saya yakin apabila selesai pembedahan koklear implan Afiq Danial nanti , beliau akan cepat belajar bertutur. Saya yakin kerana dalam seharian hidupnya , beliau cepat belajar dari perbuatan orang lain terutamanya abangnya Danish. Apa sahaja yang dibuat oleh Danish akan ditiru oleh beliau.
Saya harap beliau akan dapat segera membuat pembedahan tersebut, semakin lama di tangguhkan semakin merosot peluang beliau dapat mendengar seperti kanak-kanak lain.
Kos RM 77 K akan saya cari walaupun terpaksa tebalkan muka, harapan supaya Allah akan membuka pintu hati sesiapa sahaja untuk memberi sumbangan ikhlas walaupun sedikit.
Untuk sesiapa yang ingin memberikan sumbagan derma boleh la melihat maklumat disebelah kanan blog ini. Sumbangan boleh diberi dalam bentuk tunai, cek , paypal dan juga kad kredit .


Share Blog ini ke Blog Lain

Assalamualaikum,

Sudilah kiranya pengunjung blog ini jika anda memiliki blog sendiri dan rakan anda mempunyai blog berkongsi link blog ini ke blog masing-masing.
Terima kasih..

14 November 2009

Afiq Danial: Adik Afiq Danial perlukan bantuan anda!!

Afiq Danial: Adik Afiq Danial perlukan bantuan anda!!

Berkongsi Cerita....

Saya mengalu-alukan jika ada di antara saudara mara dan kawan kawan anda yang mempunyai anak yang sama dengan Afiq Danial . Bolehlah berkongsi cerita disini.
Setakat ini saya baru mengemukakan borang permohonan sumbangan dengan Tabung HUKM dan Pusat Zakat Selangor dan dalam proses akhir menyediakan segala dokumen yang diperlukan. Ada juga saudara mara yang memberikan kepada boss syarikat masing-masing. Jika ada lagi pertubuhan yang boleh membantu, boleh lah berkongsi di sini. Terima kasih.

Terima Kasih atas keperihatinan anda semua..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada kawan-kawan yang menelefon dan sms bertanya khabar tentang Afiq Danial.
Alhamdulillah sudah ada sumbangan yang diberikan oleh kawan-kawan.Ia sedikit sebanyak meringankan beban kos yang perlu dicari untuk pembedahan Danial.

06 November 2009

Adik Afiq Danial perlukan bantuan anda!!

Anak saya memerlukan RM 77,000.00 untuk membiayai kos pembedahan koklear implant untuk dipasang ke dalam bahagian telinganya untuk seumur hidup bagi membantu beliau mendengar dan seterusnya bertutur seperti kanak-kanak biasa yang lain.

Di sebelah ialah surat sokongan yang dikeluarkan oleh Dr. Mazita , Pakar Otorinolaringologi Pusat Perubatan HUKM ( Klik untuk besarkan imej surat sokongan) .

Antara kandungan ialah tentang jenis peralatan dan kos yang diperlukan untuk membiayai pembedahan anak saya iaitu sebanyak RM 77,000.00

Sebarang sumbangan amat dialu-alukan oleh saya dan boleh diberi dengan cara di bawah:

1) Melalui Pemindahan Wang ( Akaun bersama Afiq Danial dan ibunya)

Nama Pemegang akaun: Noorshaliza Binti Hanapi/Wan Muhammad Afiq Danial
Bank : Maybank
No Akaun :
162021459040


2) Melalui Pemberian Cek (Ibu
Wan Muhammad Afiq Danial)

Nama Penerima Cek:
Noorshaliza Binti Hanapi

Alamat :
No 29 Jalan Lingkaran Nur 1/1, Taman Lingkaran Nur, 43000 Kajang, Sel.

3) Terus ke Bendahari UKM

Nama Penerima Cek : Bendahari UKM
No Rujukan : N230939
Alamat:

Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak,

56000 Cheras, Kuala Lumpur






MRI dan CT Scan

Kisah Afiq Danial - 1

Wan Muhammad Afiq Danial nama anak kedua saya . Genap 3/11/2009, cukuplah umur Danial yang masuk ke tahun yang ke -3 . Saya cukup gembira kerana dalam masa yang begitu pantas berjalan , saya dapat melihat danial membesar seperti anak-anak yang lain.

Namun disebalik kegembiraan itu, terdetik rasa simpati kepada anak kecil ini yang masih belum mengenali dunia dengan lebih luas lagi. Anak kecil ni mempunyai kekurangan walaupun pada zahirnya beliau nampak seperti anak-anak kecil yang lain . Bermain dengan alat permainannya seperti kereta mainan menjadi kegemarannya. Gelak tawa beliau sungguh mengusik hati saya .

Saya dan isteri sebagai orang bertanggungjawab membesarkan beliau bersama abangnya mengidamkan kehidupannya adalah normal dan membesar seperti anak-anak yang lain. Tetapi mampukah beliau menikmati kehidupan yang lebih baik dikemudian hari dengan keadaan beliau sekarang. Mampukah beliau pergi ke sekolah dan belajar bersama-sama anak-anak yang lain? Mampukah beliau lulus dengan cemerlang? Mampukah beliau mendapat pekerjaan yang bagus dikemudian hari ?

Persoalan demi persoalan bermain di fikiran saya sebagai bapa yang begitu menyayangi anak-anaknya. Mungkin pembaca sekalian terfikir apakah kekurangan Danial yang saya maksudkan? Mungkin tertanya-tanya kenapa begitu sekali saya meluahkannya di dalam tulisan ini.

Danial dilahirkan cukup bulan di Hospital Serdang dengan kelahiran normal pada 3 November 2006. Saya sendiri berada di dalam bilik bersalin menanti untuk menyambut kelahirannya dan bermakna , saya akan mempunyai permata yang kedua di dalam hidup saya.

Setahun berlalu, beliau membesar seperti kanak-kanak lain tetapi perkembangan dari segi pertuturan agak lambat berbanding abangnya, Danish yang agak cepat bertutur semasa umurnya sebaya dengan Danial. Saya dan isteri sudah merasai ada sesuatu yang tidak kena dan cuba untuk menyelidiki kenapa perkara itu berlaku.

Saya dan isteri membawa beliau ke klinik pakar kanak-kanak dan hasilnya Doktor diklinik tersebut mencadangkan supaya Danial di bawah ke Hospital dan berdasarkan surat rujukan yang diberikan , Danial di bawa ke Hospital UKM. Pemeriksan dan ujian telah dilakukan dan hasilnya amat mengejutkan kerana Danial menghadapi masalah pendengaran sejak dari kelahirannya dan menyebabkan mengalami kesukaran untuk melakukan pertuturan kerana beliau tidak dapat mendengar dengan bunyi dengan kadar yang biasa.

Pada waktu itu saya terasa terharu melihat isteri saya menangis kerana terkejut dengan hasil daripada ujian doktor. Sejak dari itu kami berulang alik dari hospital untuk mendapatkan rawatan lanjutan di Pusat Audiologi dan Pertuturan Hospital Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Pakar audio menyarankan beliau memakai hearing aid untuk membantu pendengaran tetapi ia tidak berapa memberi kesan kerana tahap pendengaran adalah berada dalam tahap yang serius. Danial hanya boleh mendengar pada kadar 120Db ke atas sahaja.

Dr menyarankan beliau hendaklah melakukan pembedahan koklear implan untuk membantu Danial memulihkan pendengaran beiau dan belajar bertutur untuk menjadi seperti kanak-kanak yang lain. Satu alat elektronik akan dimasukkan ke dalam telinganya untuk membolehkan bunyi dari luar dapat di terima seperti telinga kanak-kanak normal yang lain. Kos untuk melakukan pembedahan adalah di dalam lingkungan RM 77 000 .

Bagi saya yang kerja makan gaji, jumlah itu adalah jumlah yang besar dan tidak mampu dikumpul pada waktu yang singkat. Selepas ujian akhir iaitu MRI dan CT Scan , Danial sepatutnya di buat pembedahan sebelum umurnya 4 tahun dan paling elok ketika umur beliau 3 tahun. Pada 2 November 2009 lalu, Doktor telah mengeluarkan surat menyatakan Danial sudah boleh untuk membuat pembedahan koklear implan. Tarikh pembedahan akan ditetapkan sebaik saja duit sebanyak RM 77 000 berjaya dikumpul.

Bersambung....