Catatan April 2020,
Mama buat latihan mendengar dengan Danial melalui handphone. Danial dekat bilik atas. Mama dekat hall bawah.
Mula2 mama sebut ayat, Danial dengar dan tulis apa yang dia dengar. Habis 10 ayat tu,dia pula kena sebut ayat, mama dengar dan tulis pula..
Latihan telinga kiri, telinga umur 1 tahun 5 bulan. Mama tak bagi dia guna loudspeaker. So handphone dia pegang dekat dengan alat CI Kanso belakang kepala. Mama suruh dengar ayat habis baru start tulis supaya tak lost ayat.
Gambar 1st mama sebut agak slow (maksudnya satu2) sebab ini 1st latihan guna handphone setelah sekian lama tak buat.
Gambar ke 2, mama cakap dekat Danial, dia kena belajar biasakan buat latihan dengar pertuturan normal. So mama kena bercakap macam normal.. Rentak, intonasi, penyampaian yang santai. Kena macam mama cakap biasa dengan orang lain sebab di sekolah cikgu mengajar macam biasa, takkan nak suruh cikgu cakap satu2.. Kawan2 pun bercakap macam biasa. Perhimpunan, taklimat pun macam biasa. So, kami kena latih semula otak Danial dalam masa yang sama kami latih auditory memory juga. Baru nak naik 5 item. Tapi kejap ok kejap tak ok.
Teruskan auditory memory yang buat latihan sebelum ini.So, homework mama pula, haaa mama pun ada homework tau, sendiri kenalpasti kelemahan anak, sendiri buat target dan sendiri cari cara... Antaranya yang mama fikir dan plan :
1) kena cari ayat yang familiar.
Contoh, kita perlu makan makanan yang sihat supaya badan kita cergas..
2) kena cari ayat yang tak familiar dengar/guna.
Contoh, statistik menunjukkan bahawa Amerika Syarikat merupakan negara yang paling tinggi rakyatnya yang dijangkiti virus Covid 19. Perdana Menteri Malaysia telah mengambil langkah awal bagi membendung penularan virus Covid 19 dengan melaksanakan perintah kawalan pergerakkan.
3) cari ayat sebutan yang Danial masih tak sebut dengan baik lagi.
Contoh ayat yang banyak perkataan depan, tengah, belakang R, B, NY, NG
contoh haRuan, seRuan, peRsona, selembaR, NYaris, NYata, NYaring, peNYamun, menNYebarkan, meNGalah, buNGa, laNGit,
4) perkataan dalam ayat yang belakang V. Ni banyak dalam words BI la mudah jumpa.
contoh haVe dia susah sangat nak sebut, akan jadi help.. FiVe jadi Feb, leaVes.. Words yang start dengan ST dan TH macam Stain, Straight, STrong..THey, THere, Thermos.
5) latihan intonasi masih perlu diteruskan.. Ni boleh la nanti buat game bisik2, sesi dialog.
6) latihan menggunakan fon masih perlu diteruskan.
7) Cari perkataan seerti dan latih guna dalam ayat.
Latihan sebutan masih perlu diteruskan terutama part suka skip bunyi huruf.. Contoh Hujan dia sebut Ujan, Hari dia sebut Ari, MenoNton dia sebut menoton.
9) 6 lings sound buat sekurang2nya seminggu sekali.
10) Latihan penulisan dalam karangan.
11) latihan problem solving.
Dalam nota ni memang kena bubuh contoh sekali supaya mama tau apa nak buat.. Takde la buang masa mikir nanti sebab skrg ni mudah sangat lupa. Ehhhh!!! Banyaknya homework mama.