07 August 2024

CATATAN 2018, DANIAL DAPAT 2nd IMPLANT... ALHAMDULILLAH..

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah..Dia yang memegang segalanya.
Setelah 4 tahun kami fight untuk dapatkan "telinga robot" kedua anakanda kami Afiq Danial yang dilahirkan pekak kedua belah telinga pada tahap yang sangat2 teruk, akhirnya Allah izinkan perjalanan ini berjalan dengan baik walaupun penuh dugaan dan airmata. Bukan mudah untuk mengumpul dana bagi "kekurangan yang tidak ketara kelihatan" seperti pekak ini. Bukan mudah perjalanan kami untuk memberi kehidupan yang lebih baik buat anakanda kami yang ini. Ramai pihak melihat kekurangan pada dirinya tidak seserius dan tidak mendesak agar disegerakan rawatannya kerana ramai berfikiran pekak ini bukan 1 penyakit yang melibatkan hidup dan mati serta ianya tidak mengancam nyawa. Pernah disoal siasat di mesej kerana dianggap menipu dan mempergunakan kekurangan anak untuk meminta duit dengan jalan mudah. Pernah di sound mempersoalkan tulang 4 kerat ini.

Namun begitu, alhamdulillah masih ramai pihak membantu walaupun makan masa 4 tahun mengumpul dana berjumlah RM65 000.  Iya 4 tahun kami usahakan untuk RM65 000 ini.

Terima kasih kami sekeluarga ucapkan pada semua yang terlibat dalam dana implant telinga ke 2 Afiq Danial. InshaAllah pahala berterusan buat anda semua selagi mana anakanda kami hidup , dia akan terus memakai alat implan koklea yang anda semua donate seumur hidupnya. Sumbangan anda sangat membantu dan memberi masa depan pada anakanda kami. InshaAllah tidak akan di sia2 kan.

Terima kasih sekali lagi kami ucapkan pada pihak Naza Motor dan Datin, pihak Zakat Selangor, pihak Maybank bahagian IT, akhbar Metro, Hospital Sunway, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Persatuan Hear Me, saudara mara, kawan2 suami dari Alumni Faris Petra, kawan2 suami dari UUM, kawan2 suami di FB dan IG, kawan2 saya di media massa sama ada di IG, FB, whatsapps dan media cetak yang lain, cikgu 3PK, cikgu sekolah, pihak sekolah,kariah surau, jiran2, kawan saya yang sponsor poster, kawan2 saya sama ada kenal rapat mahupun secara alam maya, ahli keluarga, ibubapa sekasut, dan semua yang support saya. Terima kasih pada semua yang telah membeli produk2 yang saya jual selama ini (antara yang saya jual samosa, karipap, sup tulang, wantan, kek coklat moist,cheesekut, bread crump,rempah ayam goreng berempah, apam polkadot & buku bacaan).

Utk pengetahuan semua Afiq Danial admit ward pada 8/11/18, dan akan menjalani pembedahan impan koklea telinga kiri pada 9/11/18 di HUKM under Prof Asma Abdullah (ENT).. Terima kasih semua.. Hanya Allah yang mampu membalas semua jasa dan bantuan kalian. .




No comments:

Post a Comment