07 August 2024

 The day .. Nikmat pendengaran kedua Danial.


8 November 2018 ..Danial admit ward HUKM. Disebabkan Danial masih 12 tahun, makanya Danial akan admit ward kanank-kanak lagi iaitu di ward Pediatrik 4K. 

Hari pertama admit relax aje dekat katil. Masa ni Danial pun tenang-tenang aje. Mama tunggu hari nak bersalin. Perjalanan implan koklea Danial ke 2 ni sama juga dengan yang pertama dulu. Bulan yang sama mama menghitung hari nak bersalin. Telinga kanan dulu mama nak bersalin anak nombor 3. Telinga kiri ni pula mama nak bersalin anak nombor 4.. 

Malam hari mama balik ke rumah dan abah yang bertugas menemani Danial di ward. Macam biasa, Danial perlu puasa di malam hari untuk persediaan pembedahan esok pagi. Sebelum subuh, abah balik ambil mama untuk bersiap sedia menghantar Danial ke bilik pembedahan. Sampai aje mama ke ward, mama nampak Danial baru selesai solat subuh dan bersiap sedia untuk mandi. 

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan izin Allah. Pembedahan kali ini Danial sudah besar. Sudah mengerti apa yang akan berlaku. Apa yang akan dia lalui. Sudah mengerti tentang perasaan. Masa abah tolak wheelchair Danial menuju ke bilik pembedahan, nampak sangat muka Danial berada dalam ketakutan. eemm siapalah tak takutkan? So, normal feeling.. Kami panjatkan doa kepada Allah SWT agar semuanya berjalan lancar dan dimudahkan sehingga akhir. 

Oleh kerana mama sedang mengandung, abah sekali lagi ambil alih menghantar dan menemani Danial sehingga ke dalam bilik pembedahan. Selesai bius dan Danial ditidurkan, abah pun keluar. Kami tidak menunggu di bawah kerana pembedahan mengambil masa yang lama. Oleh kerana kami belum bersarapan, maka kami berdua ke kantin hospital untuk mengisi perut. Usai mengisi perut, mama naik ke katil ward Danial untuk berehat di situ dan mengaji. Panjatkan doa lagi agar anak mama baik2 aje di bawah dan pembedahan berjaya. Hati ibu mana lah yang tak risaukan. 

Pada pukul 1 petang, nurse update pembedahan telah selesai. Allahuakbar, syukur sudah selesai. Mama nak turun ke bawah namun nurse bagitau tunggu je kat katil dulu sebab lama lagi nak keluar. Mama turutkan aje tapi abah yang turun untuk melihat dan menyambut anakandanya. 

Alhamdulillah, pukul 2 petang Danial ditolak naik ke ward dengan katilnya. MashaAllah, mama bersyukur tapi dalam masa yang sama mama rasa sedih melihat keadaan Danial pada waktu itu. Danial kelihatan mamai. Pembedahan kali kedua ini terasa lain. Pembedahan pertama dulu, selesai pembedahan, Danial terus turun dari katil dan minta makan. Agaknya tenaga kanak-kanak waktu itu la kot. Malam hari, mama pulang ke rumah dan hanya abah yang menemani Danial di ward.

3 hari 2 malam Danial duduk ward. Hari ke 3 Danial dibenarkan balik memandangkan tiada komplikasi yang berlaku. alhamdulillah.Hari ke 3, mama tak datang hanya menunggu di rumah sahaja. Tengahari abah uruskan urusan Danial untuk keluar ward. Mama dan adik hanya menunggu di rumah pak usu Hazwan di Ampang bersama atuk dan nenek. Ini kerana selesai aje abah menghantar Danial balik, mama pula perlu check in hospital. Danial berpantang dijaga oleh nenek dan atok di rumah Pak Usu Hazwan. 

Alhamdulillah, penjagaan luka pembedahan mudah dijaga memandangkan Danial sudah besar dan dia seorang yang mendengar cakap. Terima kasih atok dan nenek sebab bantu jaga, urus makan Danial dan Darwish serta cucikan luka belakang telinga Danial sepanjang ketiadaan mama dan abah.








No comments:

Post a Comment